Monday, April 6, 2009

ACEF 2009 - Accountancy : Career and Education Fair

ACEF 2009 : Accountancy - Career and Education Fair telah diadakan pada 4 April 2009, bertempat di Mid Valley Exihibition Centre, Kuala Lumpur. Program tahunan ini telah dianjurkan oleh Malaysian Institute Of Accountant (MIA) bersama co-sponsor CPA Australia, MICPA, ICAEW, CIMA, JobDB.com, Graduan, GradAsia, IPTA dan IPTS.

Sebahagian pelajar semester akhir yang hadir ke ACEF 2009

Fakulti Perakaunan, UiTM Perlis telah diwakili oleh pelajar bahagian 8 - pelajar semester akhir. Okjektif utama ACEF 2009 adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan persekitan kerjaya perakaunan dan keperluan semasa untuk menjadi seorang akauntan bertauliah. Sebanyak 36 organisasi, firma perakaunan, IPTA dan IPTS telah membuka booth pameran masing-masing.

Datuk Raymond Liew dari Parker & Randall membentangkan kertas kerja
bertajuk 'How to be a Chartered Accountant in Malaysia?'

Sebanyak empat kertas kerja seminar dibentangkan oleh pengamal profesyen perakaunan. Antaranya ialah 'Discover the Opportunities available in Accountancy' oleh Mr Siew Chin Kiang, HRP, KPMG. D Gerald Joseph Louis dari CAREERsense@HELP telah membentang satu kertas kerja bertajuk 'Making the Right Move : Discovering Your Potential to be an Accountant'. Kertas kerja terakhir bertajuk 'Beyond Being an Accountant.....' telah dibentangkan oleh Chef selebriti antarabangsa - Chef Wan.

Mohd Fadrullah, pelajar semester akhir sedang ditemubual
oleh Chef Selebriti Antarabangsa - Chef Wan


Penyertaan pelajar semester akhir program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan ditemani dua Pensyarah pengiring iaitu Puan Fazni Mohd Fadzillah dan Encik Hamdan Mat Isa.

Thursday, April 2, 2009

Majlis Anugerah Kecermelangan Pelajar Fakulti Perakaunan

Majlis Anugerah Kecemerlangan Fakulti Perakaunan untuk pelajar AC220 - Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian telah diadakan pada 1 April 2008, bertempat di Putra Palace. Lebih dari 100 orang siswa-siswi dan 15 orang pensyarah turut hadir mewarnai malam tersebut.

Sebahagian pelajar BAcc sedang menjamu selera

Persembahan pelajar Part 4 dan Part 5 menggamatkan suasana malam tersebut. Majlis ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Nik Ramli Nik Abdul Rashid, Timbalan Pengarah Kampus Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Perlis.

Ucapan perasmian oleh Prof Madya Dr Nik Ramli Nik Abdul Rashid,
Timbalan Pengarah Kampus Penyelidikan dan Jaringan Industri


Untuk semester ini, jawatankuasa penganjur terdiri dari pelajar part 4. Syabas diucapkan kepada pelajar Part 4 kerana telah berjaya mengadakan Majlis Anugerah Kecermelangan Pelajar Fakulti Perakaunan untuk sesi April 2009.

Memori kenangan Pensyarah dan pelajar Part 4 yang hadir bersama
Prof Madya Dr Nik Ramli Nik Abd Rashid


Antara pelajar yang diraikan ialah mereka yang mendapat Anugerah Dekan pada semester lepas dan juga mereka yang mendapat CGPA tertinggi bagi setiap bahagian. Pelajar turut menerima sijil Anugerah Dekan dan token penghargaan dari jawatan kuasa penganjur.

Thursday, March 26, 2009

Majlis Anugerah Kecermelangan Pelajar dan Malam Pra Graduan BAcc

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Fakulti Perakaunan untuk Program AC2220

Majlis ini akan diadakan pada 1 April 2009, bertempat di Hotel Putera Palace, Kangar pada pukul 8.00 malam. Dijangkakan seramai 150 orang tetamu di kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan juga para pensyarah akan hadir ke majlis tersebut. Antara tetamu lain yang diundang ialah Tuan Pengarah Kampus, Timbalan Pengarah Kampus HEA dan Timbalan Pengarah Kampus HEP.

Antara yang diraikan pada malam tersebut adalah Penerima Anugerah Dekan dan pelajar terbaik pencapaian akademik untuk setiap bahagian.

Malam Pra Graduan BAcc

Untuk Semester ini, pihak HEA tidak lagi mengadakan Malam Pra Graduan seperti semester sebelumnya. Setiap program diberi sebanyak RM1,000.00 untuk menguruskan Malam Pra Graduan untuk program masing-masing.

Oleh itu program AC220 akan mengadakan Malam Pra Graduan pada 10 April 2009, bertempat di Restoran Teratai Putih, Padang Besar. Persiapan telah mula dibuat oleh pelajar AC220 Bahagian 8. Majlis akan bermula pada pukul 8.00 malam. 50 orang tetamu dijangka hadir pada majlis tersebut.

Antara tetamu yang turut diundang termasuk Pengarah Kampus UiTM Perlis, Timbalan Pengarah Kampus HEA dan Timbalan Pengarah Kampus HEP.

Monday, March 23, 2009

Misi Akademik Program Profersional - ACCA, CIMA & MICPA

Sebahagian pelajar BAcc, DIA dan DAIS yang hadir

Program tahunan ini telah dijalankan dengan jayanya pada 20 March 2009 yang lalu. Bermula pukul 2.30 petang berakhir pukul 6.00 petang. Tiga tetamu jemputan telah hadir menyampaikan ceramah mereka. MICPA diwakili oleh En Mohd Noor, CPA dari Imran Chartered Accountant, CIMA diwakili Counsil Member, Penang - Mr Jack Ong manakala ACCA-UiTM diwakili oleh Puan Sharifah Fadzlon Abdul Hamid.

Encik Mohd Noor Abu Bakar, CA(M), CPA(M), FCPA(Aust), CFP, FTII(M), FCCS
Wakil MICPA

Mr. Jack Ong, Council Member CIMA, Penang

Dua dari kanan - Wakil UiTM-ACCA, Puan Sharifah Fadzlon Abdul Hamid

Dihadiri oleh 140 pelajar DIA, DAIS dan BAcc. Seramai 9 orang pensyarah telah hadir. Setinggi penghargaan kepada Pn Nor Kartini, Puan Norizam dan PM Junaini yang sudi melayan tetamu Misi Akademik Program Profersional. KP juga merakamkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Mr David S. Levins kerana keberadaan beliau dari mula sesi taklimat sehingga tamat.

Misi Akedemik Program Profersional ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar tentang peluang-peluang untuk meneruskan pengajian peringkat profersional - ACCA, CIMA dan MICPA. Di samping itu juga suntikan motivasi diberikan kepada mereka supaya lebih gigih dalam pembelajaran mereka supaya mendapat CGPA yang lebih tinggi. Sayarat minimum bagi pelajar DIA dan DAIS ialah mendapat CGPA 3.00 dan bagi pelajar BAcc mestilah mendapat CGPA 2.75.

Friday, March 20, 2009

Intersesi May 2009

Mesyuarat Lembaga Akademik Fakulti telah meluluskan permohonan Fakulti Perakaunan UiTM Perlis untuk mengadakan intersesi pada May 2009 ini.

Untuk Program AC220, kursus yang ditawarkan di UiTM Perlis adalah AIS510 dan FAR500 manakala untuk program AC110 & AC120, kursus yang ditawarkan ialah FAR200, FAR250/260, FAR300/310, MAF310 dan MAF330

Mesyuarat LAF telah memutuskan pelajar UiTM Cawangan tidak dibenarkan mengambil intersesi di UiTM Shah Alam, namun mereka boleh mengambil di mana-mana kampus cawangan sekiranya kursus tersebut tidak ditawarkan di kampus berkenaan atau pelajar tidak mencukupi untuk sesuatu kursus intersesi. Keseluruhan kursus yang ditawarkan berjumlah 19 kursus di semua cawangan UiTM. Sila rujuk kepada papan kenyataan Ketua Program untuk melihat senarai lengkap kursus-kursus yang ditawarkan.

Tarikh mendaftar intersesi May 2009 bermula pada 11 March 2009 dan tarikh akhir validasi pada 11 Mei 2009. Kepada pelajar yang berminat untuk mengambil kursus intersesi May 2009, sila mendaftar dengan kadar SEGERA.

Pelajar perlu mengisi borang pendaftaran Intersessi yang boleh diperolehi di Kaunter Pejabat HEA. Borang perlu dilengkapkan dan ditandatangani oleh Ketua Program dan kemudian pelajar perlu membuat pembayaran di Pejabat Bendahari dan kembalikan sesalinan borang pendaftaran kepada Ketua Program beserta resit pembayaran bagi membolehkan pendaftaran secara online ke sistem iSIS oleh Ketua Program.

Sesi perkuliahan Intersesi May 2009 akan bermula pada 18 Mei sehingga 19 Jun 2009 dan peperiksaan Intersesi akan diadakan pada 22 Jun hingga 24 Jun 2009.

Monday, March 16, 2009

ACEF 2009 - Accountancy : Career and Education Fair

MIA akan mengadakan ACEF 2009 bertempat di MID Valley Exhibition Centre pada 4 April 2009. Seperti mana tahun lepas, cadangan pelajar yang akan dihantar ialah pelajar Bahagian 8 seramai 25 orang dan 2 orang pensyarah pengiring. Pelajar akan bertolak pada 3 April 2009, pukul 3 petang dan akan balik pada pagi Ahad, 5 April 2009. Untuk melihat itenerary ACEF 2009, Sila 'double click' di atas imej poster ACEF 2009 di bawah.

Thursday, March 12, 2009

Progress Keperluan Latihan Staf 2009 Fakulti Perakaunan


Pihak KP telah merancang beberapa siri latihan staf sepanjang tahun 2009. Seperti yang diedarkan menerusi email kepada semua pensyarah pertengahan Januari lalu, kesemua rancangan latihan tersebut beserta cadangan bajet telah diluluskan oleh Bahagian Pentadbiran, UiTM Perlis.

Tanggungjawab pensyarah telah diagihkan berdasarkan kumpulan tertentu. Ada beberapa kumpulan telah mengadakan perbincangan awal dan hasil perbincangan awal tersebut telah di maklumkan kepada kp. Antaranya :

a. Bengkel Pemantapan Pengurusan Fakulti Perakaunan UiTM Perlis

Bengkel ini akan diadakan pada 17/4/2009, hari Jumaat bertempat di Makmal Latihan Staf. Bengkel sehari ini bertujuan untuk menambahbaik pengurusan Fakulti Perakauan. Antara aspek penting yang akan dibincangkan tentang penglibatan pensyarah dalam aktiviti-aktiviti pelajar, pengurusan penasihat akademik, menambahbaik komunikasi pensyarah khususnya dalam sebaran maklumat fakulti. Kehadiran dan keberadaan di sepanjang bengkel adalah WAJIB untuk semua pensyarah Fakulti Perakaunan.

b. Bengkel Perakaunan Sektor Awam

Kp telah dimaklumkan olen PM Roselina bahawa mungkin tajuk bengkel ini akan diubah tetapi ruang lingkupnya masih lagi fokus Perakaunan Sektor awan. Tentatif mungkin di buat pada awal semester hadapan.

c. Team Building

PM Ruhana telah memaklumkan kepada kp bahawa perbincangan tidak rasmi telah dibuat. Tiga tempat cadangan iaitu NPC (di Bumbung Lima, Kepala Batas atau di mana??) Felda Hot Spring, Trolak di Perak dan satu lagi …….. saya terlupa. Cadangan tarikh ialah selepas kita selesai proses final exam dan sebelum semester depan bermula.

Saya belum mendapat apa-apa input dari kumpulan :

1. Bengkel MYOB2

2. Financial Reporting Standard 2009