Thursday, December 13, 2012

PRA-PENDAFTARAN KURSUS UBS COMPUTERISED ACCOUNTING

UBS Accounting Software adalah merupakan perisian perakaunan yang terlaris di Malaysia dan paling banyak digunakan oleh syarikat dan industri bersaiz kecil dan sederhana. Dari segi pasaran pekerjaan, banyak syarikat meletakkan sijil UBS Computerised Accounting sebagai salah satu criteria untuk menjawat jawatan itu. Sehubungan dengan itu pihak fakulti bakal menganjurkan Kursus dan peperiksaan bagi mendapatkan sijil UBS Computerised accounting kepada pelajar dan juga sesiapa yang berminat. Bagi pelajar perakaunan(Samada Diploma atau Ijazah) pihak fakulti berpendapat kursus ini adalah sangat berfaedah kerana peserta akan mendapat sijil “UBS Computerised Accounting (UCCI)” dari UBS Chamber of Commerce and Industry. Untuk makluman kepada yang berminat, sijil ini akan dapat membantu anda semua untuk bersaing bagi mendapatkan pekerjaan apabila telah tamat nanti dan memberi nilai tambah kepada anda semua.

Kepada sesiapa yang berminat atau ingin mendapat maklumat lanjut, anda bolehlah memberikan nama selewat-lewatnya 31 Disember 2012 dengan menghubungi atau SMS kepada:

En. Azrul Abdullah 019-5781142
En. Mohd Afiq Azero 019-5610665

Mohon disertakan nama penuh dan no telefon untuk dihubungi. Bagi pelajar-pelajar Diploma, anda perlulah sekurang-kurangnya berada di semester 4 untuk mengikuti kursus ini. Kursus ini akan diadakan selama dua hari dengan bayaran anggaran < RM150 (harga ini termasuk yuran peperiksaan UBS, buku rujukan, sijil, alat tulis, makan dan minum). Kursus dan peperiksaan ini akan diadakan pada hari sabtu dan ahad yang mana tidak akan melibatkan waktu kuliah anda.


2 comments:

  1. Cadangan,

    Kursus ini terbuka kepada university lain sama..
    Dah ramai ke yang daftar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya terbuka kepada sesiapa saja yang berminat...alhamdulilah mengalakkan

      Delete