Wednesday, December 21, 2022

International Accounting Acculturation Camp 2022

15 Disember 2022 - Seramai 40 orang peserta terdiri daripada 32 orang pelajar dan 8 orang pensyarah Rattaphum College, Rajamangala University of Technology Srivijaya, Songkla (RUTS), Songkla, Thailand telah berkunjung ke kampus ini selama dua hari satu malam bermula  14 Disember 2022 bagi menghadiri Program International Accounting Acculturation Camp anjuran bersama Fakulti Perakaunan dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa, UiTM Cawangan Perlis.


Majlis perasmian telah berlangsung pada 14 Disember 2022, jam 2.30 petang di Dewan Kuliah 6, Kompleks STAR. YBhg. Prof. Madya Ts Dr Shukor Sanim Mohd Fauzi, Rektor UiTM Cawangan Perlis telah hadir merasmikan program kolaborasi antarabangsa ini. Delegasi RUTS diketuai oleh Asst. Prof. Dr Patcharin Bunnoon, Ketua Pentadbiran Perniagaan. Turut hadir Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat, Alumni dan Keusahawanan serta Ketua Pusat Pengajian, Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Perlis. Hampir 200 orang hadir termasuk para pelajar dan pensyarah Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Perlis di majlis perasmian ini.

Pelbagai pengisian telah dijalankan antaranya perkongsian ilmu oleh para pensyarah jemputan antara dua buah universiti berkaitan tentang Standard Perakaunan Antarabangsa (IAS8, IAS40 dan IAS19) dan "How to write an abstract", aktiviti secara berkumpulan, mensyuarat kolaborasi, klinik woodball serta perkongsian budaya. 





Besar harapan program  ini dapat memberi nilai tambah kepada para peserta,  meningkatkan hubungan kerjasama  yang sedia terjalin antara dua buah universiti sekaligus meningkatkan ketampakan UiTM Cawangan Perlis.