Showing posts with label Program. Show all posts
Showing posts with label Program. Show all posts

Wednesday, October 12, 2022

PROGRAM KERJASAMA ANTARABANGSA, LEBARKAN HALATUJU MUAFAKAT KOLABORASI AKADEMIK DI ANTARA FAKULTI PERAKAUNAN, UITM PERLIS DAN FAKULTAS VOKASI UNIVERSITI AIR LANGGA (UNAIR), INDONESIA.

 


Kerjasama akademik di antara Fakulti Perakaunan, UiTM Perlis dan Universitas Air Langga (UNAIR) yang berlangsung pada 5 Ogos 2022 telah membincangkan program khas 'International Accounting Joint Class' yang bakal diadakan.

Mensyuarat lanjutan bersama Fakultas Vokasi Universitas Airlangga dan Ahli Jawatankuasa ODL Fakulti Perakaunan UiTM Perlis telah diadakan pada 19 Ogos 2022 bagi mencapai kata sepakat untuk program 'International Accounting Joint Class'. 

 

Tahniah diucapkan kepada 4 pensyarah kanan Fakulti Perakaunan, UiTM Perlis yang telah terpilih untuk menjayakan program 'International Accounting Joint Class' ini. Antara pensyarah yang terlibat ialah En Nadzir bin Ahmad, Pn. Azura Mohd Noor, Pn Fazni Mohamad Fadzillah dan Pn Nor Hashimah Abdul Wahid.

         
Kami bergerak, mara setapak ke arah “Globally Competent 2022”. Go Accounting!

 

Kerjasama Akademik di antara Fakulti Perakaunan, UiTM Perlis dan Universitas Air Langga (UNAIR) diperhebatkan lagi dengan kunjungan akademik daripada pihak UNAIR, yang diwakili oleh Saudari Nitami Galeh Pangesti, pensyarah tamu dari Fakultas Vokasi UNAIR ke UiTM, Perlis pada 9 Ogos sehinnga 13 Ogos 2022. Pihak Fakulti Perakaunan, UiTM Perlis buat pertama kali menerima kunjungan daripada pensyarah luar dalam kerjasama akademik antarabangsa antara 2 buah negara serumpun. 



Pelbagai perkara berkaitan aktiviti/ program Fakulti Perakaunan, UiTM Perlis telah diketengahkan dalam mesyuarat bersama dengan pensyarah tamu, Saudari Nitami. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk melihat peluang-peluang program yang berpotensi untuk diketengahkan di peringkat antarabangsa, di atas kerjasama akademik di antara kedua-dua buah universiti. Semoga kerjasama yang terjalin bersama Fakultas Vokasi, Universitas Airlangga (UNAIR), Surabaya, Indonesia akan mendatangkan banyak manfaat kepada semua tenaga pengajar dan para pelajar di kedua-dua Fakulti Perakaunan pada masa akan datang.

Fakulti Perakaunan merakamkan ucapan terima kasih kepada wakil Fakultas Vokasi-Saudari Nitami Galeh Pangesti yang sudi berkunjung, berkongsi dan berbincang dalam halatuju pemuafakatan antarabangsa di antara kedua-dua buah universiti.