Monday, February 27, 2012

MALAM ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2012: FAKULTI PERAKAUNAN

Pada 6 Februari 2012 yang lepas, Persatuan Siswa Siswi Diploma Perakaunan dan Diploma Sistem Maklumat Perakaunan(PERSIDA) telah mengadakan Majlis Makan Malam dan Anugerah Kecemerlangan 2012 bertempat di Dewan Sri Semarak. Majlis ini telah dianjurkan oleh pelajar-pelajar semester 4,  bagi meraikan kejayaan pelajar-pelajar  cemerlang, disamping memberi semangat untuk berjuang dengan lebih berdaya saing kepada pelajar-pelajar yang belum mencapai tahap yang dikehendaki.

Majlis ini bermula pada jam 8.30 malam dan berakhir pada jam 11.30malam.  Majlis ini telah dihadiri oleh 10 orang pensyarah termasuk Ketua Kursus  AC110 dan AC120,Pn Salwana bt Selamat dan Penasihat PERSIDA, En Mohd Afiq Azero. Seramai 490 orang pelajar telah menghadiri majlis ini terdiri dari pelajar semester 1 hingga 6. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn Salwana bt Selamat.

Sepanjang majlis ini berlangsung,para hadirin telah diserikan dengan persembahan kebudayaan  yang dijemput khas dari PERSATUAN TAMING SARI.  Acara penyampaian anugerah kecemerlangan akademik ini diselang-selikan dengan persembahan pelajar dari setiap bahagian 1- 6.  Di penghujung majlis ini,satu slot telah dikhaskan untuk En Azrul mantan penasihat PERSIDA sebagai tanda terima kasih kepada beliau sepanjang memegang jawatan penasihat persatuan.

Majlis telah berjalan dengan lancardan jayanya. Semangat kerjasama dan setia-kawan telah berjaya disemai di kalangan AJK dan pelajar dalam menjayakan aktiviti ini. Bakat kepimpinan pelajar dalam pengurusan event juga telah dapat digilap secara tak langsung di kalangan pelajar senior dan junior.
Persembahan pelajar Bahagian 06

Suasana di dalam Dewan

Monday, February 20, 2012

Seminar Perakaunan, Pengauditan dan Pencukaian

Seminar Perakaunan, Pengauditan dan Pencukaian dengan tema "An overview of Classified Accounting, Auditing and Taxation" telah diadakan dengan jayanya pada 20 Januari 2012(Jumaat) bertempat di Dewan Kuliah 6, Komplek STAR UiTM Perlis. Di antara penceramah yang hadir adalah daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Audit Negara dan Jabatan Akauntan Negara(Cawangan Negeri Perlis).

Kertas kerja yang telah dibentangkan bertajuk:

1. An Overview of Classified Taxation and Malysian Budget for Nation
    Development
2. An Overview of Classified Government Accounting
3. The Relevance of Public Sector Accounting in Malaysian
     Development.

Seminar ini telah dirasmikan oleh Timbalan Rektor HEA, UiTM Perlis iaitu Dr. Shaiful Annuar Khalid dan  dianjurkan oleh siswa-siswi Bahagian 8 Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian). Seramai 196 pelajar dan 15 orang pensyarah telah hadir ke seminar kali ini.

Selain daripada menjurus kepada tajuk kertas kerja dikehendaki,  pelajar didedahkan dengan pengenalan kepada tugas-tugas  agensi tersebut, kelayakan untuk diterima sebagai kakitangan agensi  yang rata-rata mengkehendaki kelayakan melebihi HPNG 3.2  dan juga lain-lain jawapan terhadap soalan berbangkit.

Di harap dengan adanya seminar berbentuk ilmiah ini para pelajar mendapat input-input semasa berkaitan bidang Perakaunan.



Gambar-gambar semasa seminar berlangsung.

Penceramah daripada LHDN

Haidah penghargaan kepada penceramah

Antara para pelajar yang hadir