Friday, March 20, 2009

Intersesi May 2009

Mesyuarat Lembaga Akademik Fakulti telah meluluskan permohonan Fakulti Perakaunan UiTM Perlis untuk mengadakan intersesi pada May 2009 ini.

Untuk Program AC220, kursus yang ditawarkan di UiTM Perlis adalah AIS510 dan FAR500 manakala untuk program AC110 & AC120, kursus yang ditawarkan ialah FAR200, FAR250/260, FAR300/310, MAF310 dan MAF330

Mesyuarat LAF telah memutuskan pelajar UiTM Cawangan tidak dibenarkan mengambil intersesi di UiTM Shah Alam, namun mereka boleh mengambil di mana-mana kampus cawangan sekiranya kursus tersebut tidak ditawarkan di kampus berkenaan atau pelajar tidak mencukupi untuk sesuatu kursus intersesi. Keseluruhan kursus yang ditawarkan berjumlah 19 kursus di semua cawangan UiTM. Sila rujuk kepada papan kenyataan Ketua Program untuk melihat senarai lengkap kursus-kursus yang ditawarkan.

Tarikh mendaftar intersesi May 2009 bermula pada 11 March 2009 dan tarikh akhir validasi pada 11 Mei 2009. Kepada pelajar yang berminat untuk mengambil kursus intersesi May 2009, sila mendaftar dengan kadar SEGERA.

Pelajar perlu mengisi borang pendaftaran Intersessi yang boleh diperolehi di Kaunter Pejabat HEA. Borang perlu dilengkapkan dan ditandatangani oleh Ketua Program dan kemudian pelajar perlu membuat pembayaran di Pejabat Bendahari dan kembalikan sesalinan borang pendaftaran kepada Ketua Program beserta resit pembayaran bagi membolehkan pendaftaran secara online ke sistem iSIS oleh Ketua Program.

Sesi perkuliahan Intersesi May 2009 akan bermula pada 18 Mei sehingga 19 Jun 2009 dan peperiksaan Intersesi akan diadakan pada 22 Jun hingga 24 Jun 2009.

No comments:

Post a Comment