Friday, December 9, 2011

BENGKEL UBS ACCOUNTING


Program satu hari  bertempat di makmal komputer 7 dan 8 yang telah diadakan pada 3 disember 2011 yang lalu telah berjalan dengan lancar. Seramai 57 orang pelajar Ijazah Perakaunan Kepujian bahagian 6 telah terlibat secara langsung di dalam bengkel ini. Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai perisian perakaunan(UBS) selain daripada yang sedia ada. UBS Accounting Software adalah perisian perakaunan yang terlaris di Malaysia dan paling banyak digunakan oleh syarikat dan industri bersaiz kecil dan sederhana. Dari segi pasaran pekerjaan, banyak syarikat meletakkan UBS Computerised Accounting sebagai salah satu criteria untuk menjawat jawatan itu.   Sehubungan dengan itu pihak fakulti berpendapat adalah berfaedah dan dapat sedikit sebanyak memberi nilai tambah kepada pelajar-pelajar melalui bengkel ini.

Lima orang pensyarah telah terlibat sebagai fasilitator dan berkongsi kepakaran melalui bengkel ini. Mereka terdiri daripada En Nadzir Awang, Pn Norhasimah Abdul Wahid, En Hamdan Mat Isa, Pn Fa’izah Ghazi, Pn Nor Kartini dan  En. Azrul Abdullah.

Sesi pagi bengkel bersama ketua fasilitator, En. Nadzir Awang@Said
Minum pagi, turut disertai oleh KPP dan Pn Azura
                     

                     
Fasilitator En. Hamdan Mat Isa, Membantu peljar dalam sesi bengkel

Adalah diharapkan usaha murni dan inovasi pengajaran ini dapat membantu pelajar-pelajar yang bakal menjalani latihan praktikal. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Thursday, November 10, 2011

OPKIM UiTM (Perlis) 2011, Kg. Chelong DUN Padang Besar

Program OPKIM UiTM (Perlis) 2011  “UiTM Perlis di Kampungku” di Kg. Chelong DUN Padang Besar telah berlangsung dengan jayanya pada 28-30 Oktober yang lalu.  TAHNIAH diucapkan kepada Fakulti Perakaunan, 27 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda(Kepujian) Pengurusan Perniagaan yang terlibat, Pengerusi JKKK En. Rosli bin Yob dan penduduk Kg. Chelong serta Puteri UMNO Padang Besar.

Selama tiga(3) hari berkampung di sana banyak aktiviti yang telah dilakukan bersama penduduk kampung. Antaranya:
  • Misi Akademik UiTM Perlis
  • Promosi Program Mengubah Destini Anak Bangsa(MDAB)
  • Khidmat Guaman
  • Program Secangkir Kasih-sumbangan berupa barangan dapur kepada penduduk miskin dan warga emas.
  • Tazkirah oleh Ustaz jemputan 
  • Gotong royong di kawasan kampung
  • Pemeriksaan Kesihatan
  • Pendaftaran/Penyemakan Daftar pemilih
  • Pameran/Taklimat dari JKJR
  • Sukaneka
  • Pertandingan Gubahan bunga
  • Pertandingan Masakan Asam Pedas ikan air tawar
  • Cabutan Bertuah

    Program berakhir pada jam 2 petang 30 Oktober 2011 apabila anak angkat berangkat pulang ke UiTM Perlis. Mereka dijemput datang lagi dan dihadiahkan kain batik serta tudung sebagai ingatan mesra keluarga angkat. Semoga pelaksanaan OPKIM berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.

    'Layan' gambar-gambar aktiviti OPKIM 2011 di Kg. Chelong.
    Peserta OPKIM – 27 pelajar Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Perniagaan
    Penglibatan pelajar SMK Dato’ Jaafar Hassan dan peserta OPKIM

    Senamrobik melibatkan pelajar UiTM, penduduk kampung dan Puteri UMNO

    Khidmat guaman oleh pensyarah UiTM (Perlis)

    Secangkir Kasih – ramah-mesra dan sumbangan kepada keluarga emas
    Kita tunggu OPKIM 2012.........................

    Tuesday, November 1, 2011

    Tazkirah OPKIM 2011 di Kampung Chelung

    Sesi Tazkirah OPKIM Fakulti Perakaunan 2011 telah diadakan di Surau Kampung Chelung pada tanggal 28 Oktober 2011, selepas solat maghrib.  Tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Mohammad Ali dan telah dihadiri oleh peserta OPKIM bersama keluarga angkat masing-masing. Rakan-rakan pensyarah yang hadir ke sesi tazkirah terdiri dari Encik Nordin Muhammad, Encik Abdul Kadir Mohd Noor dan Encik Hamdan Mat Isa.

     Sesi tazkirah  dipimpin oleh Ustaz Mohammad Ali
     
    Kehadiran anak angkat bersama-sama keluarga angkat Kampung Chelung 

    Sesi tazkirah ditamatkan pada jam 10.00 malam.  Keluarga angkat bersama anak-anak angkat menjamu selera jamuan disediakan oleh pihak urusetia.

    Thursday, October 27, 2011

    Istiadat Konvokesyen UiTM ke 75-Perlis

    Istiadat konvokesyen ke 75 UiTM telah berlangsung selama dua(2) hari iaitu pada 22-23 Oktober 2011. Ini adalah konvokesyen kali ke-3 diadakan di UiTM Perlis. Sidang pertama konvokesyen dimulakan oleh Fakulti Perakaunan. Jumlah graduan Fakulti Perakaunan yang menerima Ijazah/Diploma pada kali ini adalah 114 orang graduan. Seramai 14 orang pensyarah Fakulti terlibat pada konvokesyen kali ini.

    Antara pensyarah yang hadir berdiri dari kanan Miss Syarifah Fairuz, Pn. Nor Syafinaz, Pn. Fazni, PM Farah, PM Ruhana, Pn. Nor Kartini, PM Roselina. Duduk dari kanan PM David, Pn. Fairuz, Dr. Normah(KPP), Pn. Salwana(KK) dan PM Junaini. Tiada dalam gambar En. Azrul dan En. Nadzir



    Senarai graduan mengikut program:
    1. Sarjana Muda Perakaunan(Kepujian)
         Kelas pertama NUR FARAHIYAH BT SUHAIMI (CGPA 3.5-4.00)
         Kelas kedua tinggi 11 orang graduan (CGPA 3.00-3.49)
         Kelas kedua rendah 33 orang graduan

    2. Diploma Perakaunan 38 orang graduan

    3.Diploma Sistem Maklumat Perakaunan 31 orang graduan.
       Muhammad Shamlan bin Samsudin berjaya mendapat Anugerah Naib Canselor (CGPA 3.5 ke atas enam semester  berturut-turut). TAHNIAH!

    Semoga Fakulti Perakaunan UiTM Perlis terus berjaya melahirkan graduan yang berkualiti dan berdaya saing. Sekalung TAHNIAH kepada semua graduan dan pensyarah yang terlibat...................

    Sumbangan OPKIM 2011 di Kg Chelong, Perlis

    TERKINI -Sumbangan kepada penduduk miskin di Kg. Chelong,Perlis

    Pihak Fakulti telah memutuskan untuk menyerahkan sumbangan berupa barang dapur kepada penduduk miskin di Kg. Chelong. Barangan tersebut telah disumbangkan oleh pensyarah-pensyarah Fakulti. Sumbangan adalah untuk 25 keluarga miskin yang telah dikenal pasti.
    Antara barangan yang disumbangkan

    Barangan yang telah siap di pek.




    Thursday, October 6, 2011

    OPKIM UiTM Perlis Kampungku

    Hi...........kembali berblog.......

    Program akan datang Fakulti Perakaunan UiTM Perlis

    Operasi Khidmat Masyarakat(OPKIM) 2011 Fakulti Perakaunan UiTM Perlis

    TARIKH: 28-30 OKT 2011
    TEMPAT: KAMPONG CHELONG & SMK DATO JAAFAR HASSAN, BUKIT KETERI PERLIS
    PELAJAR TERLIBAT: PROGRAM AC220(IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN)

    Diharap program ini dapat mengeratkan hubungan pelajar-pelajar UiTM dan masyarakat setempat di negeri Perlis.