Showing posts with label STAFF. Show all posts
Showing posts with label STAFF. Show all posts

Friday, March 25, 2022

Bengkel ODL Siri 2

 

25 Mac 2022 - Sempena pembukaan Semester Mac-Ogos 2022, pihak Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Perlis mengadakan Bengkel ODL ke-2  bertempat di Makmal Komputer, Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan, UiTM Cawangan Perlis hari ini. Antara objektif utama bengkel ini adalah untuk memberi peluang kepada para pensyarah untuk memahami semula, menambahbaik ilmu dan  kemahiran  penggunaan _Adobe Creative Educator, Webex, Zoom, Flipgrid_ dan _Sway_ dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Ts Dr Mohd Azlan Mohd Ishak, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Perlis pagi tadi. Turut hadir YBrs. Prof. Madya Dr Azrul Abdullah, Ketua Pusat Pengajian, Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Perlis.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan penceramah, Ahli-Ahli Jawatankuasa ODL Fakulti Perakaunan, para peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini.



Friday, October 29, 2021

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH


Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Puan Norhashimah Abdul Wahid, Mantan Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perakaunan UiTM Perlis atas khidmat bakti yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan yang lepas (1 Ogos 2019 - 31 Julai 2021).

Semoga segala jasa dan sumbangan yang diberikan ini berterusan untuk pembangunan fakulti di masa akan datang.

Thursday, March 2, 2017

HADIAH KELAHIRAN ANAK ENCIK AZRUL

Tahniah di atas kelahiran anak Encik Azrul yang ketiga.



Daripada seluruh warga Fakulti Perakaunan UiTM cawangan Perlis

Thursday, January 19, 2012

Jasa Mu Dikenang - Encik Nordin Muhamad

Majlis Jasamu Dikenang telah diadakan di Hotel Seri Malaysia, Kangar pada tanggal 6 Januari 2011 bagi menghargai sumbangan seorang pensyarah kanan Fakulti Perakaunan, UiTM Perlis yang bersara secara rasminya pada 3 Januari 2011.

Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh koordinator Kursus, Puan Salwana.  Majlis diteruskan dengan ucapan serta tazkirah Encik Nordin untuk semua ahli fakulti.  Tahniah kepada Encik Nordin atas kesetiaan dan kerjasama sepanjang dalam perkhimatan beliau selama hampir 29 tahun.  Moga Allah SWT sentiasa merahmati beliau, dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki.  Difahamkan beliau telah bersara secara pilihan pada umur 53 tahun.

Berikut adalah gambar kenangan ahli fakulti bersama Encik Nordin Muhamad dalam Majlis Jasamu Dikenang.

Cenderahati kenangan dari Fakulti Perakaunan - Usaha kreatif Encik Mohd Ismail Abdul Rahim

Gambar kenangan - Kehadiran ahli Fakulti Perakaunan, UiTM Perlis

SELAMAT BERSARA ENCIK NORDIN MUHAMAD !!!!!!
* JASA MU DIHARGAI & DIKENANG SELAMANYA *