Thursday, April 23, 2009

Bengkel Pemantapan Pengurusan Fakulti Perakaunan UiTM Perlis

Program Latihan Staf Pertama tahun 2009 telah dijalankan pada tanggal 17 April 2009. Bertempat di Makmal Komputer 6, USMB dan dihadiri oleh 29 orang pensyarah. Hanya 2 orang pensyarah yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Setinggi penghargaan kepada semua ahli fakulti yang hadir dari mula hingga tamat bengkel tersebut pada jam 5.15 petang.

Memori kenangan semua ahli fakulti yang hadir ke Bengkel
Pemantapan Pengurusan Fakulti Perakaunan, UiTM Perlis


Penceramah dan fasilitator bengkel ini diketuai oleh Encik Hamdan Mat Isa dan dibantu oleh Encik Khairul Anwar Sedek selaku Koordinator USMB dan Cik Masita Mohd Shah selaku Penolong Pegawai Sistem Maklumat. Setinggi penghargaan kepada Encik Khairul dan Cik Masita.

Objektif bengkel ini ialah untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan Penasihat Akademik Fakulti Perakaunan untuk program AC110, AC120 dan AC220. Pendedahan secara hand-on telah diberikan kepada semua Penasihat Akademik tentang penggunaan integrasi sistem iSIS / SIMS dalam membantu Penasihat Akademik melihat rekod-rekod pelajar. Penasihat Akademik dipertanggungjawakan untuk menguruskan kumpulan pelajar berdasarkan 'cohort' kemasukkan pelajar dari hari pertama mendaftar di UiTM Perlis sehinggalah mereka bergelar mahasiswa.

Banyak isu-isu semasa, komen dan maklumat fakulti telah
diketengahkan semasa bengkel dijalankan


Ojektif kedua ialah meningkatkan keberkesanan komunikasi Lotus Notes R7 kepada semua ahli fakulti. Penggunaan Lotus Notes R7 tidak sepatutnya terhad kepada penggunaan email sahaja tetapi perlu diperluaskan kepada Chatting, Meeting schedular dan Group calender. Dari segi applikasi, ketiga-tiga applikasi ini akan diintegrasikan dengan pengurusan jadual waktu pensyarah, arahan panggilan mensyuarat dan panggilan secara 'online'.

Ahli fakulti juga diberikan pendedahan berkaitan penggunaan Blog Koordinator perakaunan, UiTM Perlis. Maklumat terkini dan semua aktiviti pensyarah dan pelajar Fakulti Perakaunan di sepanjang semester akan dimuatkan ke dalam blog ini . Bengkel ini ditamatkan pada jam 5.15 petang.

Monday, April 13, 2009

Malam Pra-Graduan Pelajar BAcc Fakulti Perakaunan

Malam Pra-Graduan Fakulti Perakaunan bagi program AC220, Ijazah Sarjana Muda Perakaunan telah diadakan di Restoran Teratai Putih, Padang Besar pada 10 April 2009. Berkonsepkan suasana santai, penampilan pelajar memperlihatkan tahap kematangan pelajar tahun akhir, Fakulti Perakaunan.


Antara pensyarah yang turut hadir memeriahkan Malam Pra-Graduan April 2009


Diserikan dengan suasana persekitaran Restoran Teratai Putih juga sesuai dengan tema yang dipilih untuk Malam Pra-Graduan kali ini. Majis dimulakan seawal jam 8.30 malam, dimeriahkan dengan kedatangan 8 orang pensyarah. Ada pensyarah yang datang bersama keluarga.


Hadiah cabutan bertuah dimenangi oleh Mr David S. Levins


Persembahan pelajar perempuan semester akhir


Setinggi penghargaan kepada semua pensyarah yang telah sudi meluangkan masa meraikan pelajar-pelajar BAcc yang akan bergelar graduan perakaunan tak lama lagi. Malam Pra-Graduan diserikan dengan persembahan semua pelajar semester akhir. Majlis berakhih pada jam 10.45 malam.

Thursday, April 9, 2009

Intersesi May 2009

Fakulti Perakaunan UiTM Perlis telah diberi kelulusan untuk mengadakan program intersesi pada bulan May 2009. Kod-kod yang ditawarkan di UiTM Perlis ialah AIS510 - Accounting Information System dan FAR500 - Financial Reporting 3. Bagi pelajar yang berhasrat untuk mengambil kursus-kursus berkenaan, pendaftaran boleh dibuat mulai sekarang. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 30 April 2009.

Pelajar yang mendaftar dikehendaki membuat validasi pada atau sebelum 11 May 2009. Minggu perkuliahan akan bermula pada 18 May yang dijangka akan berakhir pada 19 Jun 2009 iaitu selama 5 minggu. Minggu peperiksaan Intersesi May 2009 akan bermula pada 22 Jun dan berakhir pada 24 Jun 2009.

Monday, April 6, 2009

ACEF 2009 - Accountancy : Career and Education Fair

ACEF 2009 : Accountancy - Career and Education Fair telah diadakan pada 4 April 2009, bertempat di Mid Valley Exihibition Centre, Kuala Lumpur. Program tahunan ini telah dianjurkan oleh Malaysian Institute Of Accountant (MIA) bersama co-sponsor CPA Australia, MICPA, ICAEW, CIMA, JobDB.com, Graduan, GradAsia, IPTA dan IPTS.

Sebahagian pelajar semester akhir yang hadir ke ACEF 2009

Fakulti Perakaunan, UiTM Perlis telah diwakili oleh pelajar bahagian 8 - pelajar semester akhir. Okjektif utama ACEF 2009 adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan persekitan kerjaya perakaunan dan keperluan semasa untuk menjadi seorang akauntan bertauliah. Sebanyak 36 organisasi, firma perakaunan, IPTA dan IPTS telah membuka booth pameran masing-masing.

Datuk Raymond Liew dari Parker & Randall membentangkan kertas kerja
bertajuk 'How to be a Chartered Accountant in Malaysia?'

Sebanyak empat kertas kerja seminar dibentangkan oleh pengamal profesyen perakaunan. Antaranya ialah 'Discover the Opportunities available in Accountancy' oleh Mr Siew Chin Kiang, HRP, KPMG. D Gerald Joseph Louis dari CAREERsense@HELP telah membentang satu kertas kerja bertajuk 'Making the Right Move : Discovering Your Potential to be an Accountant'. Kertas kerja terakhir bertajuk 'Beyond Being an Accountant.....' telah dibentangkan oleh Chef selebriti antarabangsa - Chef Wan.

Mohd Fadrullah, pelajar semester akhir sedang ditemubual
oleh Chef Selebriti Antarabangsa - Chef Wan


Penyertaan pelajar semester akhir program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan ditemani dua Pensyarah pengiring iaitu Puan Fazni Mohd Fadzillah dan Encik Hamdan Mat Isa.

Thursday, April 2, 2009

Majlis Anugerah Kecermelangan Pelajar Fakulti Perakaunan

Majlis Anugerah Kecemerlangan Fakulti Perakaunan untuk pelajar AC220 - Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian telah diadakan pada 1 April 2008, bertempat di Putra Palace. Lebih dari 100 orang siswa-siswi dan 15 orang pensyarah turut hadir mewarnai malam tersebut.

Sebahagian pelajar BAcc sedang menjamu selera

Persembahan pelajar Part 4 dan Part 5 menggamatkan suasana malam tersebut. Majlis ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Nik Ramli Nik Abdul Rashid, Timbalan Pengarah Kampus Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Perlis.

Ucapan perasmian oleh Prof Madya Dr Nik Ramli Nik Abdul Rashid,
Timbalan Pengarah Kampus Penyelidikan dan Jaringan Industri


Untuk semester ini, jawatankuasa penganjur terdiri dari pelajar part 4. Syabas diucapkan kepada pelajar Part 4 kerana telah berjaya mengadakan Majlis Anugerah Kecermelangan Pelajar Fakulti Perakaunan untuk sesi April 2009.

Memori kenangan Pensyarah dan pelajar Part 4 yang hadir bersama
Prof Madya Dr Nik Ramli Nik Abd Rashid


Antara pelajar yang diraikan ialah mereka yang mendapat Anugerah Dekan pada semester lepas dan juga mereka yang mendapat CGPA tertinggi bagi setiap bahagian. Pelajar turut menerima sijil Anugerah Dekan dan token penghargaan dari jawatan kuasa penganjur.