Friday, December 9, 2011

BENGKEL UBS ACCOUNTING


Program satu hari  bertempat di makmal komputer 7 dan 8 yang telah diadakan pada 3 disember 2011 yang lalu telah berjalan dengan lancar. Seramai 57 orang pelajar Ijazah Perakaunan Kepujian bahagian 6 telah terlibat secara langsung di dalam bengkel ini. Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai perisian perakaunan(UBS) selain daripada yang sedia ada. UBS Accounting Software adalah perisian perakaunan yang terlaris di Malaysia dan paling banyak digunakan oleh syarikat dan industri bersaiz kecil dan sederhana. Dari segi pasaran pekerjaan, banyak syarikat meletakkan UBS Computerised Accounting sebagai salah satu criteria untuk menjawat jawatan itu.   Sehubungan dengan itu pihak fakulti berpendapat adalah berfaedah dan dapat sedikit sebanyak memberi nilai tambah kepada pelajar-pelajar melalui bengkel ini.

Lima orang pensyarah telah terlibat sebagai fasilitator dan berkongsi kepakaran melalui bengkel ini. Mereka terdiri daripada En Nadzir Awang, Pn Norhasimah Abdul Wahid, En Hamdan Mat Isa, Pn Fa’izah Ghazi, Pn Nor Kartini dan  En. Azrul Abdullah.

Sesi pagi bengkel bersama ketua fasilitator, En. Nadzir Awang@Said
Minum pagi, turut disertai oleh KPP dan Pn Azura
                     

                     
Fasilitator En. Hamdan Mat Isa, Membantu peljar dalam sesi bengkel

Adalah diharapkan usaha murni dan inovasi pengajaran ini dapat membantu pelajar-pelajar yang bakal menjalani latihan praktikal. Terima kasih kepada semua yang terlibat.