Showing posts with label FACULTY ACTIVITIES. Show all posts
Showing posts with label FACULTY ACTIVITIES. Show all posts

Wednesday, December 21, 2022

International Accounting Acculturation Camp 2022

15 Disember 2022 - Seramai 40 orang peserta terdiri daripada 32 orang pelajar dan 8 orang pensyarah Rattaphum College, Rajamangala University of Technology Srivijaya, Songkla (RUTS), Songkla, Thailand telah berkunjung ke kampus ini selama dua hari satu malam bermula  14 Disember 2022 bagi menghadiri Program International Accounting Acculturation Camp anjuran bersama Fakulti Perakaunan dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa, UiTM Cawangan Perlis.


Majlis perasmian telah berlangsung pada 14 Disember 2022, jam 2.30 petang di Dewan Kuliah 6, Kompleks STAR. YBhg. Prof. Madya Ts Dr Shukor Sanim Mohd Fauzi, Rektor UiTM Cawangan Perlis telah hadir merasmikan program kolaborasi antarabangsa ini. Delegasi RUTS diketuai oleh Asst. Prof. Dr Patcharin Bunnoon, Ketua Pentadbiran Perniagaan. Turut hadir Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat, Alumni dan Keusahawanan serta Ketua Pusat Pengajian, Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Perlis. Hampir 200 orang hadir termasuk para pelajar dan pensyarah Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Perlis di majlis perasmian ini.

Pelbagai pengisian telah dijalankan antaranya perkongsian ilmu oleh para pensyarah jemputan antara dua buah universiti berkaitan tentang Standard Perakaunan Antarabangsa (IAS8, IAS40 dan IAS19) dan "How to write an abstract", aktiviti secara berkumpulan, mensyuarat kolaborasi, klinik woodball serta perkongsian budaya. 





Besar harapan program  ini dapat memberi nilai tambah kepada para peserta,  meningkatkan hubungan kerjasama  yang sedia terjalin antara dua buah universiti sekaligus meningkatkan ketampakan UiTM Cawangan Perlis.





Friday, March 25, 2022

Bengkel ODL Siri 2

 

25 Mac 2022 - Sempena pembukaan Semester Mac-Ogos 2022, pihak Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Perlis mengadakan Bengkel ODL ke-2  bertempat di Makmal Komputer, Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan, UiTM Cawangan Perlis hari ini. Antara objektif utama bengkel ini adalah untuk memberi peluang kepada para pensyarah untuk memahami semula, menambahbaik ilmu dan  kemahiran  penggunaan _Adobe Creative Educator, Webex, Zoom, Flipgrid_ dan _Sway_ dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Ts Dr Mohd Azlan Mohd Ishak, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Perlis pagi tadi. Turut hadir YBrs. Prof. Madya Dr Azrul Abdullah, Ketua Pusat Pengajian, Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Perlis.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan penceramah, Ahli-Ahli Jawatankuasa ODL Fakulti Perakaunan, para peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini.



Thursday, March 24, 2022

Sembang Cukai 2022

 

Rabu, 23 Mac 2022- Seramai 93 orang kakitangan UiTM Cawangan Perlis telah menyertai Program Sembang Cukai 2022 anjuran Jawatankuasa Komuniti, Masyarakat dan Alumni Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Perlis secara atas talian menerusi saluran Webex. Program ini telah dibimbing oleh dua orang Pensyarah Kanan Tuan Haji Abdul Rashid Sintha Madar dan Puan Norizam Ahmad yang arif dalam bidang percukaian. Sesi ini turut dibantu oleh YBrs. Prof Madya Dr Azrul bin Abdullah, Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perakaunan dan para pensyarah Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Perlis. Program ini adalah merupakan perkongsian awal sebelum Webinar "Tax Relief" Tahun Taksiran 2021 dan Khidmat Runding Cara E-Filing yang akan diadakan pada 1 April 2022. Secara umum, program ini telah membincangkan secara santai tentang tatacara percukaian bagi tahun 2021, persediaan dokumen dan beberapa tips dalam perancangan cukai. Ia diharapkan dapat membantu peserta untuk membuat persediaan sebelum mendapat khidmat runding cara secara bersemuka bersama Pegawai dari LHDN Cawangan Kangar pada hari yang sama iaitu 1 April 2022. Program Sembang Cukai 2022 ini turut disertai kakitangan sokongan UiTM Cawangan Perlis. Program ini mendapat maklum balas yang sangat baik daripada para peserta dan berharap dapat berkongsi tips percukaian berhemat kepada warga UiTM Cawangan Perlis.
Besar harapan para peserta mendapat manfaat dari sesi santai ini dan mendapat penjelasan berhubung tatacara percukaian bagi merancang pengurusan dan pelepasan cukai lebih baik.

Thursday, September 9, 2021

WEBINAR "CASH FLOW" KELUARGA DARIPADA PERKSPEKTIF ISLAM PADA18 JUN 2021


Tahniah👏👏 RIG FARMAF di atas penganjuran Webinar "Cash Flow" Keluarga daripada Perspektif Islam.







Disediakan oleh Norshimah Abdul Rahman dan Nor Kartini Mohd Rodzi

Wednesday, April 12, 2017

Program Penasihat Akademik - Bengkel Kemahiran Mengambil Nota menggunakan Applikasi Web 2.0 - EVERNOTE

Bengkel sehari ini telah diadakan pada tanggal 10 March 2017,  bertempat di Makmal Teknologi Maklumat Perpustakaan Tun Jaafar Hassan, UiTM Cawangan perlis. Kehadiran pelajar adalah seramai 72 orang diiringi oleh semua penasihat akademik Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Perlis.


Objektif bengkel ini adalah untuk memberikan pendedahan berkaitan penggunaan applikasi Web 2.0 - EVERNOTE  dalam membantu pelajar untuk menguasai teknik mencatat nota secara lebih berkesan menggunakan peranti mudah alih khususnya penggunaaan telefon pintar dan tablet.  Pelajar juga diberikan pendedahan bagaimana menggunakan 'tools' yang mudah dan pantas dalam perkongsian maklumat pengajaran dan pembelajaran di antara pelajar dan pensyarah serta pelajar dengan pelajar yang lain secara lebih cekap.

Bengkel ini dikendalikan oleh Encik Hamdan Mat Isa, Pensyarah Fakulti Perakaunan dibantu oleh semua penasihat akademik Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Perlis.  


Sesi pagi - sambutan amat menggalakkan di kalangan pelajar Fakulti Perakaunan.
 Sesi petang - pelajar masih tekun di hadapan komputer, telefon pintar dan tablet masing-masing
 
Bengkel dikendalikan oleh Encik Hamdan Mat Isa, Pensyarah Fakulti Perakaunan.
Puan Nazirah Naiimi, selaku Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perakaunan dan Encik Mohd Ismail Abdul Rahim selaku Koordinator Korporat juga hadir sebagai peserta 
 Sesi bengkel sedang berlangsung bermula 8.30 pagi sehingga jam 5.00 petang
Sebahagian dari Penasihat Akademik - Puan Noor Hashimah dan Puan Wan Madihah 

Sekalung penghargaan buat ahli Jawatankuasa Penasihat Akademik di ketuai oleh Puan Noridah Ibrahim kerana menjayakan Program Penasihat Akademik - Bengkel Kemahiran Mengambil Nota menggunakan Applikasi Web 2.0 - EVERNOTE pada Semester March 2017.

Friday, March 3, 2017

BENGKEL PENGURUSAN KEWANGAN PENIAGA-PENIAGA KECIL NEGERI PERLIS

Bengkel yang telah diadakan pada 4 Mei 2016 anjuran Fakulti Perakaunan UiTM Perlis mendapat sambutan yang menggalakkan.  Seramai 35 peniaga dari seluruh negeri Perlis dan Kedah telah menyertainya. Mereka amat berharap untuk menghadiri bengkel seumpamanya di masa akan datang.




Thursday, March 2, 2017

PROGRAM "I CAN DO IT"


SESI 1

Tarikh : 19 FEBRUARI 2016 
Masa :  8.30AM – 5.00PM
Tempat : LT6, KOMPLEKS STAR 
Anjuran : FAKULTI PERAKAUNAN DAN HEA
Penglibatan 250 ORANG PELAJAR DAN 24 ORANG PENSYARAH FAKULTI PERAKAUNAN

Pengisian Aktiviti :
  • Ice-Breaking pengenalan PA dan pelajar fakulti perakaunan
  • Pengisian Modul dari HEA oleh Pn Norhashimah Abdul Wahid dan En Mohd IsmailAbdul Rahim:
    •  Tanggungjawab pelajar pada diri, Allah dan makhluk
    •  Teknik pembelajaran
    •  Motivasi diri
    •  Pengurusan diri, rohani, jasmani, emosi, kesihatan






SESI 2:

Perjumpaan penasihat akademik dengan pelajar masing-masing:
  • Ice-Breaking
  • Perbincangan perjalanan kuliah pada semester semasa
  • Permasaalahan pelajar (kuliah, kod kursus, disiplin diri dll)
  • Penekanan hubungan dengan Allah dan makhluk
  • Sikap positif sebagai pelajar
  • Pelajar saling membantu (mentor-mentee)
  • Maklumbalas markah ujian semasa dan CGPA
  • Peluang melanjutkan pelajaran selepas tamat diploma

Wednesday, March 1, 2017

PROGRAM SATU FAKULTI SATU WAKTU SOLAT - FAKULTI PERAKAUNAN

Tempat      :  Masjid An-Nur, UiTM Perlis
Masa          :     Solat Marghrib & Solat Isyak
Tarikh        :     11/7/2016 - 14/7/2016

Laporan lengkap boleh didownload dari Evernote Website :  http://bit.ly/29AptKw

SESI BERSAMA PENASIHAT AKADEMIK

LAPORAN LDK PROGRAM I CAN DO IT
Penasihat Akademik - Hamdan Mat Isa

Semester   -  March 2016

Tarikh perjumpaan :  1 March 2016 (Selasa),  4.30 - 6.00 petang
Bilik Perbincangan Perpustakkan Tun Jaafar Hassan,
UiTM Perlis

Laporan lengkap boleh didownload dari Evernote Website :  
http://bit.ly/1L6lE0D

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR BAHAGIAN DAIS SESI AUGUST 2015

Tarikh lawatan   :   25/8/2015 - 27/8/2015 (3 hari)


Tempat lawatan :   Kuala Lumpur (Malaysian Institute of Accountants, Kuala Lumpur Stock       
                                               Exchange, Bank Negara Malaysia dan Muzium Coklat. 


Peruntukan.       :    Tabung Pembangunan Pelajar -  RM3,840.


Pensyarah pengiring :


     1.   Hamdan. Mat Isa
     2.   Mohd Ismail Abdul Rahim


Jumlah pelajar terlibat -  60 orang.


Laporan lengkap boleh didownload dari Evernote Website :  http://bit.ly/1QrUXRR

Tuesday, April 10, 2012

IID UiTM Perlis 2012

Tanggal 7 April 2012 yang lalu UiTM Perlis (di bawah PJI), telah menganjurkan pertandingan Invention, Innovation dan Design(IID) bagi mencari bakat-bakat pencipta dan membudayakan penyelidikan dikalangan staff dan pelajar. Daripada 155 penyertaan Alhamdulilah Fakulti Perakaunan telah berjaya menempa 1 pingat Perak dan 3 pingat Gangsa bagi kategori staff dan pelajar. Walaupun kejayaan ini tidak seberapa, adalah diharapkan budaya kreatif dan penyelidikan dapat disemai dan menjadi pembakar semangat dikalangan para pelajar dan Fakulti Perakaunan. Terima kasih diucapkan kepada KPP (Dr Normah) yang sudi hadir dan memberi semangat kepada pelajar-pelajar pada hari pengumuman dan pertandingan. Moga kita lebih cemerlang dalam pertandingan yang akan datang.


Monday, March 5, 2012

Perjumpaan Bersama Penasihat Akademik & Semakan Graduan Pelajar DAIS Bahagian 6

Perjumpaan bersama Penasihat Akademik bagi kumpulan pelajar DAIS Bahagian 6 - ACD6Bz dan ACD6Cz telah diadakan pada hari Jumaat, tanggal 24 Februari 2012, Jam 3.00 petang bertempat di Podium, UiTM Perlis.  Kehadiran pelajar berjumlah 41 orang dari 49 orang.

Objektif perjumpaan ini bertujuan untuk membincangkan sebarang permasalahan yang timbul dan belum dapat diselesaikan sehingga kini.  Disamping itu semua pelajar khususnya yang akan bergraduat pada semester disarankan supaya membuat Semakan Graduan - semakan terakhir bagi kursus yang sepatutnya diambil berdasarkan pelan pengajian masing-masing.  Pelajar telah dimaklumkan berkaitan sistem SIMS dalam membantu untuk membuat semakan bagi maksud tersebut khususnya bagi kod subjuk berstatus 99999.  Pelajar diminta untuk membuat Semakan Graduan sebelum tamat peperiksaan akhir menerusi sistem SIMS atau menerusi Bahagian HEA, UiTM Perlis.

Selain dari itu, hasil dari pertemuan ini juga pelajar memaklumkan bahawa pelajar tidak mendapat maklumat yang jelas berkaiatn dengan penilaian Kemahiran Insaniah.  Ada yang mempersoalkan tentang penggunaan buku ekstrak ko-kurikulum.  Kebanyakkan pelajar masih tidak bercatat dan pihak-pihak lain seperti asrama dan ko-kurikulum cenderung menggunakan borang, stiker dan borang kedatangan sahaja.  

Sebahagian pelajar akan bergraduat selepas Intersessi.  Seramai 3 (3 dari 41 pelajar) pelajar akan meneruskan pengajian ke semester 7.  

Sebahagian pelajar DAIS Bahagian 6 - ACD6Bz & ACD6Cz yang hadir
Selamat menempuh peperiksaan akhir, moga mencapai kejayaan dan kecemerlangan. Kepada pelajar yang akan bergraduat tidak lama lagi, tahniah dan sekalung penghargaan dari warga Fakulti Perakaunan UiTM Perlis.

Monday, February 20, 2012

Seminar Perakaunan, Pengauditan dan Pencukaian

Seminar Perakaunan, Pengauditan dan Pencukaian dengan tema "An overview of Classified Accounting, Auditing and Taxation" telah diadakan dengan jayanya pada 20 Januari 2012(Jumaat) bertempat di Dewan Kuliah 6, Komplek STAR UiTM Perlis. Di antara penceramah yang hadir adalah daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Audit Negara dan Jabatan Akauntan Negara(Cawangan Negeri Perlis).

Kertas kerja yang telah dibentangkan bertajuk:

1. An Overview of Classified Taxation and Malysian Budget for Nation
    Development
2. An Overview of Classified Government Accounting
3. The Relevance of Public Sector Accounting in Malaysian
     Development.

Seminar ini telah dirasmikan oleh Timbalan Rektor HEA, UiTM Perlis iaitu Dr. Shaiful Annuar Khalid dan  dianjurkan oleh siswa-siswi Bahagian 8 Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian). Seramai 196 pelajar dan 15 orang pensyarah telah hadir ke seminar kali ini.

Selain daripada menjurus kepada tajuk kertas kerja dikehendaki,  pelajar didedahkan dengan pengenalan kepada tugas-tugas  agensi tersebut, kelayakan untuk diterima sebagai kakitangan agensi  yang rata-rata mengkehendaki kelayakan melebihi HPNG 3.2  dan juga lain-lain jawapan terhadap soalan berbangkit.

Di harap dengan adanya seminar berbentuk ilmiah ini para pelajar mendapat input-input semasa berkaitan bidang Perakaunan.



Gambar-gambar semasa seminar berlangsung.

Penceramah daripada LHDN

Haidah penghargaan kepada penceramah

Antara para pelajar yang hadir





Friday, December 9, 2011

BENGKEL UBS ACCOUNTING


Program satu hari  bertempat di makmal komputer 7 dan 8 yang telah diadakan pada 3 disember 2011 yang lalu telah berjalan dengan lancar. Seramai 57 orang pelajar Ijazah Perakaunan Kepujian bahagian 6 telah terlibat secara langsung di dalam bengkel ini. Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai perisian perakaunan(UBS) selain daripada yang sedia ada. UBS Accounting Software adalah perisian perakaunan yang terlaris di Malaysia dan paling banyak digunakan oleh syarikat dan industri bersaiz kecil dan sederhana. Dari segi pasaran pekerjaan, banyak syarikat meletakkan UBS Computerised Accounting sebagai salah satu criteria untuk menjawat jawatan itu.   Sehubungan dengan itu pihak fakulti berpendapat adalah berfaedah dan dapat sedikit sebanyak memberi nilai tambah kepada pelajar-pelajar melalui bengkel ini.

Lima orang pensyarah telah terlibat sebagai fasilitator dan berkongsi kepakaran melalui bengkel ini. Mereka terdiri daripada En Nadzir Awang, Pn Norhasimah Abdul Wahid, En Hamdan Mat Isa, Pn Fa’izah Ghazi, Pn Nor Kartini dan  En. Azrul Abdullah.

Sesi pagi bengkel bersama ketua fasilitator, En. Nadzir Awang@Said
Minum pagi, turut disertai oleh KPP dan Pn Azura
                     

                     
Fasilitator En. Hamdan Mat Isa, Membantu peljar dalam sesi bengkel

Adalah diharapkan usaha murni dan inovasi pengajaran ini dapat membantu pelajar-pelajar yang bakal menjalani latihan praktikal. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Thursday, November 10, 2011

OPKIM UiTM (Perlis) 2011, Kg. Chelong DUN Padang Besar

Program OPKIM UiTM (Perlis) 2011  “UiTM Perlis di Kampungku” di Kg. Chelong DUN Padang Besar telah berlangsung dengan jayanya pada 28-30 Oktober yang lalu.  TAHNIAH diucapkan kepada Fakulti Perakaunan, 27 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda(Kepujian) Pengurusan Perniagaan yang terlibat, Pengerusi JKKK En. Rosli bin Yob dan penduduk Kg. Chelong serta Puteri UMNO Padang Besar.

Selama tiga(3) hari berkampung di sana banyak aktiviti yang telah dilakukan bersama penduduk kampung. Antaranya:
  • Misi Akademik UiTM Perlis
  • Promosi Program Mengubah Destini Anak Bangsa(MDAB)
  • Khidmat Guaman
  • Program Secangkir Kasih-sumbangan berupa barangan dapur kepada penduduk miskin dan warga emas.
  • Tazkirah oleh Ustaz jemputan 
  • Gotong royong di kawasan kampung
  • Pemeriksaan Kesihatan
  • Pendaftaran/Penyemakan Daftar pemilih
  • Pameran/Taklimat dari JKJR
  • Sukaneka
  • Pertandingan Gubahan bunga
  • Pertandingan Masakan Asam Pedas ikan air tawar
  • Cabutan Bertuah

    Program berakhir pada jam 2 petang 30 Oktober 2011 apabila anak angkat berangkat pulang ke UiTM Perlis. Mereka dijemput datang lagi dan dihadiahkan kain batik serta tudung sebagai ingatan mesra keluarga angkat. Semoga pelaksanaan OPKIM berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.

    'Layan' gambar-gambar aktiviti OPKIM 2011 di Kg. Chelong.
    Peserta OPKIM – 27 pelajar Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Perniagaan
    Penglibatan pelajar SMK Dato’ Jaafar Hassan dan peserta OPKIM

    Senamrobik melibatkan pelajar UiTM, penduduk kampung dan Puteri UMNO

    Khidmat guaman oleh pensyarah UiTM (Perlis)

    Secangkir Kasih – ramah-mesra dan sumbangan kepada keluarga emas
    Kita tunggu OPKIM 2012.........................

    Tuesday, November 1, 2011

    Tazkirah OPKIM 2011 di Kampung Chelung

    Sesi Tazkirah OPKIM Fakulti Perakaunan 2011 telah diadakan di Surau Kampung Chelung pada tanggal 28 Oktober 2011, selepas solat maghrib.  Tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Mohammad Ali dan telah dihadiri oleh peserta OPKIM bersama keluarga angkat masing-masing. Rakan-rakan pensyarah yang hadir ke sesi tazkirah terdiri dari Encik Nordin Muhammad, Encik Abdul Kadir Mohd Noor dan Encik Hamdan Mat Isa.

     Sesi tazkirah  dipimpin oleh Ustaz Mohammad Ali
     
    Kehadiran anak angkat bersama-sama keluarga angkat Kampung Chelung 

    Sesi tazkirah ditamatkan pada jam 10.00 malam.  Keluarga angkat bersama anak-anak angkat menjamu selera jamuan disediakan oleh pihak urusetia.

    Thursday, October 27, 2011

    Sumbangan OPKIM 2011 di Kg Chelong, Perlis

    TERKINI -Sumbangan kepada penduduk miskin di Kg. Chelong,Perlis

    Pihak Fakulti telah memutuskan untuk menyerahkan sumbangan berupa barang dapur kepada penduduk miskin di Kg. Chelong. Barangan tersebut telah disumbangkan oleh pensyarah-pensyarah Fakulti. Sumbangan adalah untuk 25 keluarga miskin yang telah dikenal pasti.
    Antara barangan yang disumbangkan

    Barangan yang telah siap di pek.