Thursday, December 31, 2009

Selamat Datang Pelajar AC110, AC120 & AC220 - Semester Disember 2009 - April 2010

Pihak Ketua Program DIA dan Ketua Program BAcc mengalu-alukan kedatangan pelajar baru program Diploma in Accountancy (AC110), Diploma in Accounting Information Systems (AC120) dan pelajar Bachelor in Accountancy (honours) ke UiTM Perlis. Mendaftar sebagai pelajar DIA dan DAIS maupun pelajar BAcc, membuktikan anda telah menjadi sebahagian warga UiTM Perlis khususnya warga Fakulti Perakaunan UiTM Perlis.

Pelajar baru program diploma telah mendaftar pada 27 Disember 2009 manakala pelajar BAcc mendaftar pada 2 dan 3 Januari 2009. Kuliah akan bermula secara rasmi pada 4 Januari 2009.

Kolokium Fakulti UiTM Perlis 2009

Sebahagian Pensyarah Fakulti Perakaunan UiTM Perlis bergambar kenangan bersama
Prof Dr. Ibrahim Kamal Abdul Rahman


Kolokium Fakulti Perakaunan UiTM Perlis 2009 telah diadakan pada 3 Disember 2009 hingga 6 Disember 2009 bertempat di Intekma Resort and Convention Centre, Shah Alam. Kolokium kali ini dihadiri oleh semua pensyarah Perakaunan termasuk seorang bekas pensyarah Fakulti Perakaunan UiTM Perlis, Prof Madya Lee Chew San.

Prof Madya Lee Chew San, Director Courseware Development eSmartTraders
sedang membentangkan kertas kerja


Sebanyak 12 kertas kerja telah dibentang dan dibahaskaskan bagi tujuan penambahbaikan kualiti kertas kerja dan juga penambahbaikan pengurusan fakulti. Setinggi penghargaan kepada semua pembentang khususnya Prof Madya Lee Chew San kerana sudi datang dan membentangkan kertas kerja bertajuk Courseware Development and Software Tools.

Keynotes address oleh Prof Madya Dr. Rosiatimah Mohd Isa
bertajuk Teaching, Learning and Research


Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Dekan Fakulti Perakaunan, Prof Dr. Ibrahim Kamal Abdul Rahman kerana sudi datang dan merasmikan Kolokium Fakulti Perakaunan UiTM Perlis 2009. Beliau juga telah membantangkan satu kertas kerja bertajuk Archway to Academic Excellent : Expanding Horizon Towards Graduates Marketability and Research University.

Penghargaan dan terima kasih juga kepada keynotes speaker, Prof Madya Dr. Rosiatimah Mohd Isa dan semua pembentang kertas kerja serta semua ahli jawatankuasa yang telah menjayakan Kolokium Fakulti Perakaunan 2009.


Tuesday, September 15, 2009

SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI MAAF ZAHIR BATIN


Ketua Program AC220 mewakili warga Fakulti Perakaunan UiTM Perlis mengucapkan Selamat Berpuasa Ramadhan dan Selamat Hari Raya Eidul Fitri Maaf Zahir Batin kepada semua pelajar Fakulti Perakaunan, UiTM Perlis. Dalam melaksanakan amanah sebagai seorang pensyarah, mungkin ada lisan yang tak terjaga, janji yang belum tertunai, hati yang berprasangka tak baik maupun apa jua kesalahan atas kelemahan kita sebagai seorang insan kamil, Kami mohon maaf zahir batin.
Segera berzakat dan jangan lupa puasa 6 di bulan Syawal, moga kita dikurniakan rahmat dan kejayaan di dunia dan di akhirat kelak. Selamat Hari Raya Eidul Fitri Maaf Zahir Batin.


Wednesday, July 22, 2009

Perubahan Terkini Tarikh Kalender Akademik

Aktiviti & Tarikh
Proses tambah dan gugur kursus
22 Jun – 31 Julai 2009
Tarikh akhir pembayaran Yuran
4 Ogos 2009
Tarikh Akhir Pengesahan (Validasi) Kursus Terdaftar
10 Ogos 2009
GUGUR TARAF
11 OGOS 2009
Pelajar Mula Cetak Slip Menduduki Peperiksaan
20 Ogos 2009
GUGUR TARAF
11 OGOS 2009
Tarikh Akhir Penerimaan Permohonan Rayuan Pembatalan Gugur Taraf (Online)
18 Ogos 2009
Mesyuarat Rayuan Pembatalan Gugur Taraf
19 Ogos 2009

Keputusan Rayuan Pembatalan Gugur Taraf
21 Ogos 2009

Tarikh Akhir Bayaran yuran bagi pelajar yang diluluskan RPGT dan yang dibenarkan lewat membayar yuran
11 September 2009

Gugur Taraf bagi pelajar yang masih tidak membayar yuran setelah dibenarkan lewat membayar yuran
15 September 2009

Cuti Pertengahan Semester/
Cuti Khas Hari Raya
17– 27 September 2009
Cuti Ulangkaji
21– 25 Oktober 2009
Peperiksaan Dalaman
26 Oktober – 15 November 2009

Peperiksaan Khas
21 – 23 Disember 2009
Cuti Semester
16 November – 27 Disember 2009

Monday, June 29, 2009

Promosi Buku Terbitan MIA Pada Kadar Diskaun

MIA sedang mengadakan promosi sebilangan penerbitan buku pada kadar diskaun kepada pelajar IPTA dan ahli MIA. Judul penerbitan adalah seperti dinyatakan dalam surat di bawah. Kepada yang berminat, sila dapatkan borang pesanan dari KP.

Untuk imej yang lebih jelas, sila 'double-click' atas imej surat di bawah.

Wednesday, June 24, 2009

Kalender Akademik Semester Julai - November 2009 : Tarikh - Tarikh Penting

Semester Julai 2009 akan bermula pada minggu hadapan - 6 Julai 2009. Pelajar baru untuk program DIA, DAIS dan BAcc akan mula mendaftar pada 27 Jun 2009 iaitu hari Sabtu. Berikut disenaraikan tarikh-tarikh penting semester hadapan.

16 Jun 2009 Pendaftaran kursus secara online bagi pelajar lama
27 Jun 2009 Pendaftaran pelajar baru dan Minggu Mesra Siswa bermula
1 Julai 2009 Majlis Perasmian MMS di Dewan Baru
3 Julai 2009 Modul LPPKP untuk pelajar baru
4 Julai 2009 BTN untuk pelajar baru
6 Julai 2009 Kulliah bermula
27 Julai 2009 Tarikh akhir proses tambah dan gugur kursus
3 August 2009 Tarikh akhir pembayaran yuran pengajian
7 August 2009 Tarikh akhir validasi kursus
12 August 2009 Pelajar cetak slip menduduki peperiksaan
4 September 2009 Tarikh akhir bayaran yuran pelajar GUGUR TARAF
17 Sept - 27 Sept 2009 Cuti Pertengahan Semester / Cuti Hari Raya Puasa
21 Oct - 25 OCT 2009 Cuti Ulangkaji
26 Oct - 15 Nov 2009 Peperiksaan Akhir Semester.
16 Nov - 27 Dis 2009 Cuti Semester

Thursday, May 14, 2009

Perkuliahan Intersesi Mei 2009

Perkuliahan Intersesi Mei 2009 akan bermula pada 19 Mei 2009. Berikut adalah Jadual Intersesi Mei 2009. Untuk melihat secara lebih jelas, sila 'double click' di atas imej jadual waktu di bawah.



Jadual waktu kuliah Program AC220


Jadual waktu kuliah Program AC110 & AC120 (1)

Jadual waktu kuliah Program AC110 & AC120

Proses validasi kursus akan dibuat secara manual semasa minggu pertama perkuliahan Intersesi Mei 2009. Sebarang masalah berkaitan dengan perkuliahan Intersesi Mei 2009, sila maklumkan kepada KP AC220 atau KP AC110 & AC120.

Thursday, April 23, 2009

Bengkel Pemantapan Pengurusan Fakulti Perakaunan UiTM Perlis

Program Latihan Staf Pertama tahun 2009 telah dijalankan pada tanggal 17 April 2009. Bertempat di Makmal Komputer 6, USMB dan dihadiri oleh 29 orang pensyarah. Hanya 2 orang pensyarah yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Setinggi penghargaan kepada semua ahli fakulti yang hadir dari mula hingga tamat bengkel tersebut pada jam 5.15 petang.

Memori kenangan semua ahli fakulti yang hadir ke Bengkel
Pemantapan Pengurusan Fakulti Perakaunan, UiTM Perlis


Penceramah dan fasilitator bengkel ini diketuai oleh Encik Hamdan Mat Isa dan dibantu oleh Encik Khairul Anwar Sedek selaku Koordinator USMB dan Cik Masita Mohd Shah selaku Penolong Pegawai Sistem Maklumat. Setinggi penghargaan kepada Encik Khairul dan Cik Masita.

Objektif bengkel ini ialah untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan Penasihat Akademik Fakulti Perakaunan untuk program AC110, AC120 dan AC220. Pendedahan secara hand-on telah diberikan kepada semua Penasihat Akademik tentang penggunaan integrasi sistem iSIS / SIMS dalam membantu Penasihat Akademik melihat rekod-rekod pelajar. Penasihat Akademik dipertanggungjawakan untuk menguruskan kumpulan pelajar berdasarkan 'cohort' kemasukkan pelajar dari hari pertama mendaftar di UiTM Perlis sehinggalah mereka bergelar mahasiswa.

Banyak isu-isu semasa, komen dan maklumat fakulti telah
diketengahkan semasa bengkel dijalankan


Ojektif kedua ialah meningkatkan keberkesanan komunikasi Lotus Notes R7 kepada semua ahli fakulti. Penggunaan Lotus Notes R7 tidak sepatutnya terhad kepada penggunaan email sahaja tetapi perlu diperluaskan kepada Chatting, Meeting schedular dan Group calender. Dari segi applikasi, ketiga-tiga applikasi ini akan diintegrasikan dengan pengurusan jadual waktu pensyarah, arahan panggilan mensyuarat dan panggilan secara 'online'.

Ahli fakulti juga diberikan pendedahan berkaitan penggunaan Blog Koordinator perakaunan, UiTM Perlis. Maklumat terkini dan semua aktiviti pensyarah dan pelajar Fakulti Perakaunan di sepanjang semester akan dimuatkan ke dalam blog ini . Bengkel ini ditamatkan pada jam 5.15 petang.

Monday, April 13, 2009

Malam Pra-Graduan Pelajar BAcc Fakulti Perakaunan

Malam Pra-Graduan Fakulti Perakaunan bagi program AC220, Ijazah Sarjana Muda Perakaunan telah diadakan di Restoran Teratai Putih, Padang Besar pada 10 April 2009. Berkonsepkan suasana santai, penampilan pelajar memperlihatkan tahap kematangan pelajar tahun akhir, Fakulti Perakaunan.


Antara pensyarah yang turut hadir memeriahkan Malam Pra-Graduan April 2009


Diserikan dengan suasana persekitaran Restoran Teratai Putih juga sesuai dengan tema yang dipilih untuk Malam Pra-Graduan kali ini. Majis dimulakan seawal jam 8.30 malam, dimeriahkan dengan kedatangan 8 orang pensyarah. Ada pensyarah yang datang bersama keluarga.


Hadiah cabutan bertuah dimenangi oleh Mr David S. Levins


Persembahan pelajar perempuan semester akhir


Setinggi penghargaan kepada semua pensyarah yang telah sudi meluangkan masa meraikan pelajar-pelajar BAcc yang akan bergelar graduan perakaunan tak lama lagi. Malam Pra-Graduan diserikan dengan persembahan semua pelajar semester akhir. Majlis berakhih pada jam 10.45 malam.

Thursday, April 9, 2009

Intersesi May 2009

Fakulti Perakaunan UiTM Perlis telah diberi kelulusan untuk mengadakan program intersesi pada bulan May 2009. Kod-kod yang ditawarkan di UiTM Perlis ialah AIS510 - Accounting Information System dan FAR500 - Financial Reporting 3. Bagi pelajar yang berhasrat untuk mengambil kursus-kursus berkenaan, pendaftaran boleh dibuat mulai sekarang. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 30 April 2009.

Pelajar yang mendaftar dikehendaki membuat validasi pada atau sebelum 11 May 2009. Minggu perkuliahan akan bermula pada 18 May yang dijangka akan berakhir pada 19 Jun 2009 iaitu selama 5 minggu. Minggu peperiksaan Intersesi May 2009 akan bermula pada 22 Jun dan berakhir pada 24 Jun 2009.

Monday, April 6, 2009

ACEF 2009 - Accountancy : Career and Education Fair

ACEF 2009 : Accountancy - Career and Education Fair telah diadakan pada 4 April 2009, bertempat di Mid Valley Exihibition Centre, Kuala Lumpur. Program tahunan ini telah dianjurkan oleh Malaysian Institute Of Accountant (MIA) bersama co-sponsor CPA Australia, MICPA, ICAEW, CIMA, JobDB.com, Graduan, GradAsia, IPTA dan IPTS.

Sebahagian pelajar semester akhir yang hadir ke ACEF 2009

Fakulti Perakaunan, UiTM Perlis telah diwakili oleh pelajar bahagian 8 - pelajar semester akhir. Okjektif utama ACEF 2009 adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan persekitan kerjaya perakaunan dan keperluan semasa untuk menjadi seorang akauntan bertauliah. Sebanyak 36 organisasi, firma perakaunan, IPTA dan IPTS telah membuka booth pameran masing-masing.

Datuk Raymond Liew dari Parker & Randall membentangkan kertas kerja
bertajuk 'How to be a Chartered Accountant in Malaysia?'

Sebanyak empat kertas kerja seminar dibentangkan oleh pengamal profesyen perakaunan. Antaranya ialah 'Discover the Opportunities available in Accountancy' oleh Mr Siew Chin Kiang, HRP, KPMG. D Gerald Joseph Louis dari CAREERsense@HELP telah membentang satu kertas kerja bertajuk 'Making the Right Move : Discovering Your Potential to be an Accountant'. Kertas kerja terakhir bertajuk 'Beyond Being an Accountant.....' telah dibentangkan oleh Chef selebriti antarabangsa - Chef Wan.

Mohd Fadrullah, pelajar semester akhir sedang ditemubual
oleh Chef Selebriti Antarabangsa - Chef Wan


Penyertaan pelajar semester akhir program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan ditemani dua Pensyarah pengiring iaitu Puan Fazni Mohd Fadzillah dan Encik Hamdan Mat Isa.

Thursday, April 2, 2009

Majlis Anugerah Kecermelangan Pelajar Fakulti Perakaunan

Majlis Anugerah Kecemerlangan Fakulti Perakaunan untuk pelajar AC220 - Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian telah diadakan pada 1 April 2008, bertempat di Putra Palace. Lebih dari 100 orang siswa-siswi dan 15 orang pensyarah turut hadir mewarnai malam tersebut.

Sebahagian pelajar BAcc sedang menjamu selera

Persembahan pelajar Part 4 dan Part 5 menggamatkan suasana malam tersebut. Majlis ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Nik Ramli Nik Abdul Rashid, Timbalan Pengarah Kampus Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Perlis.

Ucapan perasmian oleh Prof Madya Dr Nik Ramli Nik Abdul Rashid,
Timbalan Pengarah Kampus Penyelidikan dan Jaringan Industri


Untuk semester ini, jawatankuasa penganjur terdiri dari pelajar part 4. Syabas diucapkan kepada pelajar Part 4 kerana telah berjaya mengadakan Majlis Anugerah Kecermelangan Pelajar Fakulti Perakaunan untuk sesi April 2009.

Memori kenangan Pensyarah dan pelajar Part 4 yang hadir bersama
Prof Madya Dr Nik Ramli Nik Abd Rashid


Antara pelajar yang diraikan ialah mereka yang mendapat Anugerah Dekan pada semester lepas dan juga mereka yang mendapat CGPA tertinggi bagi setiap bahagian. Pelajar turut menerima sijil Anugerah Dekan dan token penghargaan dari jawatan kuasa penganjur.

Thursday, March 26, 2009

Majlis Anugerah Kecermelangan Pelajar dan Malam Pra Graduan BAcc

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Fakulti Perakaunan untuk Program AC2220

Majlis ini akan diadakan pada 1 April 2009, bertempat di Hotel Putera Palace, Kangar pada pukul 8.00 malam. Dijangkakan seramai 150 orang tetamu di kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan juga para pensyarah akan hadir ke majlis tersebut. Antara tetamu lain yang diundang ialah Tuan Pengarah Kampus, Timbalan Pengarah Kampus HEA dan Timbalan Pengarah Kampus HEP.

Antara yang diraikan pada malam tersebut adalah Penerima Anugerah Dekan dan pelajar terbaik pencapaian akademik untuk setiap bahagian.

Malam Pra Graduan BAcc

Untuk Semester ini, pihak HEA tidak lagi mengadakan Malam Pra Graduan seperti semester sebelumnya. Setiap program diberi sebanyak RM1,000.00 untuk menguruskan Malam Pra Graduan untuk program masing-masing.

Oleh itu program AC220 akan mengadakan Malam Pra Graduan pada 10 April 2009, bertempat di Restoran Teratai Putih, Padang Besar. Persiapan telah mula dibuat oleh pelajar AC220 Bahagian 8. Majlis akan bermula pada pukul 8.00 malam. 50 orang tetamu dijangka hadir pada majlis tersebut.

Antara tetamu yang turut diundang termasuk Pengarah Kampus UiTM Perlis, Timbalan Pengarah Kampus HEA dan Timbalan Pengarah Kampus HEP.

Monday, March 23, 2009

Misi Akademik Program Profersional - ACCA, CIMA & MICPA

Sebahagian pelajar BAcc, DIA dan DAIS yang hadir

Program tahunan ini telah dijalankan dengan jayanya pada 20 March 2009 yang lalu. Bermula pukul 2.30 petang berakhir pukul 6.00 petang. Tiga tetamu jemputan telah hadir menyampaikan ceramah mereka. MICPA diwakili oleh En Mohd Noor, CPA dari Imran Chartered Accountant, CIMA diwakili Counsil Member, Penang - Mr Jack Ong manakala ACCA-UiTM diwakili oleh Puan Sharifah Fadzlon Abdul Hamid.

Encik Mohd Noor Abu Bakar, CA(M), CPA(M), FCPA(Aust), CFP, FTII(M), FCCS
Wakil MICPA

Mr. Jack Ong, Council Member CIMA, Penang

Dua dari kanan - Wakil UiTM-ACCA, Puan Sharifah Fadzlon Abdul Hamid

Dihadiri oleh 140 pelajar DIA, DAIS dan BAcc. Seramai 9 orang pensyarah telah hadir. Setinggi penghargaan kepada Pn Nor Kartini, Puan Norizam dan PM Junaini yang sudi melayan tetamu Misi Akademik Program Profersional. KP juga merakamkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Mr David S. Levins kerana keberadaan beliau dari mula sesi taklimat sehingga tamat.

Misi Akedemik Program Profersional ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar tentang peluang-peluang untuk meneruskan pengajian peringkat profersional - ACCA, CIMA dan MICPA. Di samping itu juga suntikan motivasi diberikan kepada mereka supaya lebih gigih dalam pembelajaran mereka supaya mendapat CGPA yang lebih tinggi. Sayarat minimum bagi pelajar DIA dan DAIS ialah mendapat CGPA 3.00 dan bagi pelajar BAcc mestilah mendapat CGPA 2.75.

Friday, March 20, 2009

Intersesi May 2009

Mesyuarat Lembaga Akademik Fakulti telah meluluskan permohonan Fakulti Perakaunan UiTM Perlis untuk mengadakan intersesi pada May 2009 ini.

Untuk Program AC220, kursus yang ditawarkan di UiTM Perlis adalah AIS510 dan FAR500 manakala untuk program AC110 & AC120, kursus yang ditawarkan ialah FAR200, FAR250/260, FAR300/310, MAF310 dan MAF330

Mesyuarat LAF telah memutuskan pelajar UiTM Cawangan tidak dibenarkan mengambil intersesi di UiTM Shah Alam, namun mereka boleh mengambil di mana-mana kampus cawangan sekiranya kursus tersebut tidak ditawarkan di kampus berkenaan atau pelajar tidak mencukupi untuk sesuatu kursus intersesi. Keseluruhan kursus yang ditawarkan berjumlah 19 kursus di semua cawangan UiTM. Sila rujuk kepada papan kenyataan Ketua Program untuk melihat senarai lengkap kursus-kursus yang ditawarkan.

Tarikh mendaftar intersesi May 2009 bermula pada 11 March 2009 dan tarikh akhir validasi pada 11 Mei 2009. Kepada pelajar yang berminat untuk mengambil kursus intersesi May 2009, sila mendaftar dengan kadar SEGERA.

Pelajar perlu mengisi borang pendaftaran Intersessi yang boleh diperolehi di Kaunter Pejabat HEA. Borang perlu dilengkapkan dan ditandatangani oleh Ketua Program dan kemudian pelajar perlu membuat pembayaran di Pejabat Bendahari dan kembalikan sesalinan borang pendaftaran kepada Ketua Program beserta resit pembayaran bagi membolehkan pendaftaran secara online ke sistem iSIS oleh Ketua Program.

Sesi perkuliahan Intersesi May 2009 akan bermula pada 18 Mei sehingga 19 Jun 2009 dan peperiksaan Intersesi akan diadakan pada 22 Jun hingga 24 Jun 2009.

Monday, March 16, 2009

ACEF 2009 - Accountancy : Career and Education Fair

MIA akan mengadakan ACEF 2009 bertempat di MID Valley Exhibition Centre pada 4 April 2009. Seperti mana tahun lepas, cadangan pelajar yang akan dihantar ialah pelajar Bahagian 8 seramai 25 orang dan 2 orang pensyarah pengiring. Pelajar akan bertolak pada 3 April 2009, pukul 3 petang dan akan balik pada pagi Ahad, 5 April 2009. Untuk melihat itenerary ACEF 2009, Sila 'double click' di atas imej poster ACEF 2009 di bawah.

Thursday, March 12, 2009

Progress Keperluan Latihan Staf 2009 Fakulti Perakaunan


Pihak KP telah merancang beberapa siri latihan staf sepanjang tahun 2009. Seperti yang diedarkan menerusi email kepada semua pensyarah pertengahan Januari lalu, kesemua rancangan latihan tersebut beserta cadangan bajet telah diluluskan oleh Bahagian Pentadbiran, UiTM Perlis.

Tanggungjawab pensyarah telah diagihkan berdasarkan kumpulan tertentu. Ada beberapa kumpulan telah mengadakan perbincangan awal dan hasil perbincangan awal tersebut telah di maklumkan kepada kp. Antaranya :

a. Bengkel Pemantapan Pengurusan Fakulti Perakaunan UiTM Perlis

Bengkel ini akan diadakan pada 17/4/2009, hari Jumaat bertempat di Makmal Latihan Staf. Bengkel sehari ini bertujuan untuk menambahbaik pengurusan Fakulti Perakauan. Antara aspek penting yang akan dibincangkan tentang penglibatan pensyarah dalam aktiviti-aktiviti pelajar, pengurusan penasihat akademik, menambahbaik komunikasi pensyarah khususnya dalam sebaran maklumat fakulti. Kehadiran dan keberadaan di sepanjang bengkel adalah WAJIB untuk semua pensyarah Fakulti Perakaunan.

b. Bengkel Perakaunan Sektor Awam

Kp telah dimaklumkan olen PM Roselina bahawa mungkin tajuk bengkel ini akan diubah tetapi ruang lingkupnya masih lagi fokus Perakaunan Sektor awan. Tentatif mungkin di buat pada awal semester hadapan.

c. Team Building

PM Ruhana telah memaklumkan kepada kp bahawa perbincangan tidak rasmi telah dibuat. Tiga tempat cadangan iaitu NPC (di Bumbung Lima, Kepala Batas atau di mana??) Felda Hot Spring, Trolak di Perak dan satu lagi …….. saya terlupa. Cadangan tarikh ialah selepas kita selesai proses final exam dan sebelum semester depan bermula.

Saya belum mendapat apa-apa input dari kumpulan :

1. Bengkel MYOB2

2. Financial Reporting Standard 2009