Friday, March 25, 2022

Bengkel ODL Siri 2

 

25 Mac 2022 - Sempena pembukaan Semester Mac-Ogos 2022, pihak Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Perlis mengadakan Bengkel ODL ke-2  bertempat di Makmal Komputer, Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan, UiTM Cawangan Perlis hari ini. Antara objektif utama bengkel ini adalah untuk memberi peluang kepada para pensyarah untuk memahami semula, menambahbaik ilmu dan  kemahiran  penggunaan _Adobe Creative Educator, Webex, Zoom, Flipgrid_ dan _Sway_ dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Ts Dr Mohd Azlan Mohd Ishak, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Perlis pagi tadi. Turut hadir YBrs. Prof. Madya Dr Azrul Abdullah, Ketua Pusat Pengajian, Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Perlis.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan penceramah, Ahli-Ahli Jawatankuasa ODL Fakulti Perakaunan, para peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini.



No comments:

Post a Comment