Perjumpaan bersama Penasihat Akademik bagi kumpulan pelajar DAIS Bahagian 6 - ACD6Bz dan ACD6Cz telah diadakan pada hari Jumaat, tanggal 24 Februari 2012, Jam 3.00 petang bertempat di Podium, UiTM Perlis. Kehadiran pelajar berjumlah 41 orang dari 49 orang.
Objektif perjumpaan ini bertujuan untuk membincangkan sebarang permasalahan yang timbul dan belum dapat diselesaikan sehingga kini. Disamping itu semua pelajar khususnya yang akan bergraduat pada semester disarankan supaya membuat Semakan Graduan - semakan terakhir bagi kursus yang sepatutnya diambil berdasarkan pelan pengajian masing-masing. Pelajar telah dimaklumkan berkaitan sistem SIMS dalam membantu untuk membuat semakan bagi maksud tersebut khususnya bagi kod subjuk berstatus 99999. Pelajar diminta untuk membuat Semakan Graduan sebelum tamat peperiksaan akhir menerusi sistem SIMS atau menerusi Bahagian HEA, UiTM Perlis.
Selain dari itu, hasil dari pertemuan ini juga pelajar memaklumkan bahawa pelajar tidak mendapat maklumat yang jelas berkaiatn dengan penilaian Kemahiran Insaniah. Ada yang mempersoalkan tentang penggunaan buku ekstrak ko-kurikulum. Kebanyakkan pelajar masih tidak bercatat dan pihak-pihak lain seperti asrama dan ko-kurikulum cenderung menggunakan borang, stiker dan borang kedatangan sahaja.
Sebahagian pelajar akan bergraduat selepas Intersessi. Seramai 3 (3 dari 41 pelajar) pelajar akan meneruskan pengajian ke semester 7.
Sebahagian pelajar DAIS Bahagian 6 - ACD6Bz & ACD6Cz yang hadir |
No comments:
Post a Comment