Showing posts with label GENERAL. Show all posts
Showing posts with label GENERAL. Show all posts

Wednesday, December 5, 2012

Iklan:Program Sectorial-Techno Entrepreneurship Programme (STEP)

 Selingan...................

Pihak MASMED sedang mencari penyertaan bagi program Sectorial-Techno Entrepreneurship Programme (STEP).  Program ini merupakan kerjasama antara pihak MASMED, UiTM dan Kementerian Pengajian Tinggi.  Sehubungan itu, adalah dijemput  Graduan/pelajar-pelajar semester akhir/Anak-anak/ Saudara mara/kenalan2  IPTA kelulusan Diploma/Ijazah (tertakluk kepada syarat yang tertera dalam risalah) yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan atau menjadi usahawan.

Siri 1 :  17 Dis 2012- 17 Jun 2013
Siri 2 : Januari/Febuari (Selepas tamat peperiksaan akhir)

Berminat ...

Sila hubungi
a.    Puan Norharyati Mohamad Suffian    03-55225464    haryatisufian@yahoo.com
b.    Puan Ainul Fadzillah Johari                03-55225509    ainul894@salam.uitm.edu.my
c.    Afik Zakwan                                     03-55225508    afiqzakwan8689@gmail.com




Tuesday, November 6, 2012

IKLAN...............KRU PENERBANGAN







TEMUDUGA TERBUKA
(PELATIH KRU PENERBANGAN)
Edufly, sebuah Akademi Latihan Penerbangan mencari Pelatih Kru Penerbangan (Pramugari dan Pramugara) bagi Penerbangan Umrah & Haji dan lain-lain penerbangan.  Semua calon yang berminat perlu menjalani latihan intensif selama 45 hari pada kadar yuran yang berpatutan.
Kriteria calon pilihan adalah:
1.    Warganegara Malaysia, lelaki dan wanita Islam berumur antara 20-30 tahun.
2.    Berlulusan minima SPM dengan 3 kredit termasuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.  Mereka yang memiliki Diploma atau Ijazah diberi keutamaan.
3.    Boleh bertutur dalam Bahasa Ingggeris dan Bahasa Malaysia. Boleh bertutur dalam bahasa Arab adalah kelebihan.
4.    Sihat tubuh badan dengan ketinggian (berkasut) tidak kurang dari 160cm (wanita) dan 170cm (lelaki)
5. Berpesonaliti menarik, memiliki keyakinan diri, bertenaga dan berminat mengembara keserata dunia.
6.    Calon adalah tidak memakai cermin mata.
7.    Keutamaan kepada calon perempuan yang memakai tudung.
8.    Gaji menarik.

Jika ANDA memiliki kriteria diatas, sila hadir dan bawa bersama biodata diri, 4 keping gambar paspot dan dokumen pendidikan berkaitan.

TEMUDUGA TERBUKA:

Tarikh: 10 November 2012
Masa: 10 pagi – 5 petang
Tempat: Education (M) Flight Academy Sdn Bhd.
                                               Aras 5, Wisma Naza,
No.12, Jalan Sg. Besi Kuala Lumpur

Untuk keterangan lanjut:
Hajjah Rozita: 012-3005052
Haji Sharifuddin: 019-2484052

Thursday, October 27, 2011

Istiadat Konvokesyen UiTM ke 75-Perlis

Istiadat konvokesyen ke 75 UiTM telah berlangsung selama dua(2) hari iaitu pada 22-23 Oktober 2011. Ini adalah konvokesyen kali ke-3 diadakan di UiTM Perlis. Sidang pertama konvokesyen dimulakan oleh Fakulti Perakaunan. Jumlah graduan Fakulti Perakaunan yang menerima Ijazah/Diploma pada kali ini adalah 114 orang graduan. Seramai 14 orang pensyarah Fakulti terlibat pada konvokesyen kali ini.

Antara pensyarah yang hadir berdiri dari kanan Miss Syarifah Fairuz, Pn. Nor Syafinaz, Pn. Fazni, PM Farah, PM Ruhana, Pn. Nor Kartini, PM Roselina. Duduk dari kanan PM David, Pn. Fairuz, Dr. Normah(KPP), Pn. Salwana(KK) dan PM Junaini. Tiada dalam gambar En. Azrul dan En. Nadzir



Senarai graduan mengikut program:
1. Sarjana Muda Perakaunan(Kepujian)
     Kelas pertama NUR FARAHIYAH BT SUHAIMI (CGPA 3.5-4.00)
     Kelas kedua tinggi 11 orang graduan (CGPA 3.00-3.49)
     Kelas kedua rendah 33 orang graduan

2. Diploma Perakaunan 38 orang graduan

3.Diploma Sistem Maklumat Perakaunan 31 orang graduan.
   Muhammad Shamlan bin Samsudin berjaya mendapat Anugerah Naib Canselor (CGPA 3.5 ke atas enam semester  berturut-turut). TAHNIAH!

Semoga Fakulti Perakaunan UiTM Perlis terus berjaya melahirkan graduan yang berkualiti dan berdaya saing. Sekalung TAHNIAH kepada semua graduan dan pensyarah yang terlibat...................

Thursday, December 31, 2009

Selamat Datang Pelajar AC110, AC120 & AC220 - Semester Disember 2009 - April 2010

Pihak Ketua Program DIA dan Ketua Program BAcc mengalu-alukan kedatangan pelajar baru program Diploma in Accountancy (AC110), Diploma in Accounting Information Systems (AC120) dan pelajar Bachelor in Accountancy (honours) ke UiTM Perlis. Mendaftar sebagai pelajar DIA dan DAIS maupun pelajar BAcc, membuktikan anda telah menjadi sebahagian warga UiTM Perlis khususnya warga Fakulti Perakaunan UiTM Perlis.

Pelajar baru program diploma telah mendaftar pada 27 Disember 2009 manakala pelajar BAcc mendaftar pada 2 dan 3 Januari 2009. Kuliah akan bermula secara rasmi pada 4 Januari 2009.

Wednesday, July 22, 2009

Perubahan Terkini Tarikh Kalender Akademik

Aktiviti & Tarikh
Proses tambah dan gugur kursus
22 Jun – 31 Julai 2009
Tarikh akhir pembayaran Yuran
4 Ogos 2009
Tarikh Akhir Pengesahan (Validasi) Kursus Terdaftar
10 Ogos 2009
GUGUR TARAF
11 OGOS 2009
Pelajar Mula Cetak Slip Menduduki Peperiksaan
20 Ogos 2009
GUGUR TARAF
11 OGOS 2009
Tarikh Akhir Penerimaan Permohonan Rayuan Pembatalan Gugur Taraf (Online)
18 Ogos 2009
Mesyuarat Rayuan Pembatalan Gugur Taraf
19 Ogos 2009

Keputusan Rayuan Pembatalan Gugur Taraf
21 Ogos 2009

Tarikh Akhir Bayaran yuran bagi pelajar yang diluluskan RPGT dan yang dibenarkan lewat membayar yuran
11 September 2009

Gugur Taraf bagi pelajar yang masih tidak membayar yuran setelah dibenarkan lewat membayar yuran
15 September 2009

Cuti Pertengahan Semester/
Cuti Khas Hari Raya
17– 27 September 2009
Cuti Ulangkaji
21– 25 Oktober 2009
Peperiksaan Dalaman
26 Oktober – 15 November 2009

Peperiksaan Khas
21 – 23 Disember 2009
Cuti Semester
16 November – 27 Disember 2009

Monday, June 29, 2009

Promosi Buku Terbitan MIA Pada Kadar Diskaun

MIA sedang mengadakan promosi sebilangan penerbitan buku pada kadar diskaun kepada pelajar IPTA dan ahli MIA. Judul penerbitan adalah seperti dinyatakan dalam surat di bawah. Kepada yang berminat, sila dapatkan borang pesanan dari KP.

Untuk imej yang lebih jelas, sila 'double-click' atas imej surat di bawah.

Wednesday, June 24, 2009

Kalender Akademik Semester Julai - November 2009 : Tarikh - Tarikh Penting

Semester Julai 2009 akan bermula pada minggu hadapan - 6 Julai 2009. Pelajar baru untuk program DIA, DAIS dan BAcc akan mula mendaftar pada 27 Jun 2009 iaitu hari Sabtu. Berikut disenaraikan tarikh-tarikh penting semester hadapan.

16 Jun 2009 Pendaftaran kursus secara online bagi pelajar lama
27 Jun 2009 Pendaftaran pelajar baru dan Minggu Mesra Siswa bermula
1 Julai 2009 Majlis Perasmian MMS di Dewan Baru
3 Julai 2009 Modul LPPKP untuk pelajar baru
4 Julai 2009 BTN untuk pelajar baru
6 Julai 2009 Kulliah bermula
27 Julai 2009 Tarikh akhir proses tambah dan gugur kursus
3 August 2009 Tarikh akhir pembayaran yuran pengajian
7 August 2009 Tarikh akhir validasi kursus
12 August 2009 Pelajar cetak slip menduduki peperiksaan
4 September 2009 Tarikh akhir bayaran yuran pelajar GUGUR TARAF
17 Sept - 27 Sept 2009 Cuti Pertengahan Semester / Cuti Hari Raya Puasa
21 Oct - 25 OCT 2009 Cuti Ulangkaji
26 Oct - 15 Nov 2009 Peperiksaan Akhir Semester.
16 Nov - 27 Dis 2009 Cuti Semester

Thursday, May 14, 2009

Perkuliahan Intersesi Mei 2009

Perkuliahan Intersesi Mei 2009 akan bermula pada 19 Mei 2009. Berikut adalah Jadual Intersesi Mei 2009. Untuk melihat secara lebih jelas, sila 'double click' di atas imej jadual waktu di bawah.



Jadual waktu kuliah Program AC220


Jadual waktu kuliah Program AC110 & AC120 (1)

Jadual waktu kuliah Program AC110 & AC120

Proses validasi kursus akan dibuat secara manual semasa minggu pertama perkuliahan Intersesi Mei 2009. Sebarang masalah berkaitan dengan perkuliahan Intersesi Mei 2009, sila maklumkan kepada KP AC220 atau KP AC110 & AC120.

Thursday, April 9, 2009

Intersesi May 2009

Fakulti Perakaunan UiTM Perlis telah diberi kelulusan untuk mengadakan program intersesi pada bulan May 2009. Kod-kod yang ditawarkan di UiTM Perlis ialah AIS510 - Accounting Information System dan FAR500 - Financial Reporting 3. Bagi pelajar yang berhasrat untuk mengambil kursus-kursus berkenaan, pendaftaran boleh dibuat mulai sekarang. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 30 April 2009.

Pelajar yang mendaftar dikehendaki membuat validasi pada atau sebelum 11 May 2009. Minggu perkuliahan akan bermula pada 18 May yang dijangka akan berakhir pada 19 Jun 2009 iaitu selama 5 minggu. Minggu peperiksaan Intersesi May 2009 akan bermula pada 22 Jun dan berakhir pada 24 Jun 2009.

Monday, April 6, 2009

ACEF 2009 - Accountancy : Career and Education Fair

ACEF 2009 : Accountancy - Career and Education Fair telah diadakan pada 4 April 2009, bertempat di Mid Valley Exihibition Centre, Kuala Lumpur. Program tahunan ini telah dianjurkan oleh Malaysian Institute Of Accountant (MIA) bersama co-sponsor CPA Australia, MICPA, ICAEW, CIMA, JobDB.com, Graduan, GradAsia, IPTA dan IPTS.

Sebahagian pelajar semester akhir yang hadir ke ACEF 2009

Fakulti Perakaunan, UiTM Perlis telah diwakili oleh pelajar bahagian 8 - pelajar semester akhir. Okjektif utama ACEF 2009 adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan persekitan kerjaya perakaunan dan keperluan semasa untuk menjadi seorang akauntan bertauliah. Sebanyak 36 organisasi, firma perakaunan, IPTA dan IPTS telah membuka booth pameran masing-masing.

Datuk Raymond Liew dari Parker & Randall membentangkan kertas kerja
bertajuk 'How to be a Chartered Accountant in Malaysia?'

Sebanyak empat kertas kerja seminar dibentangkan oleh pengamal profesyen perakaunan. Antaranya ialah 'Discover the Opportunities available in Accountancy' oleh Mr Siew Chin Kiang, HRP, KPMG. D Gerald Joseph Louis dari CAREERsense@HELP telah membentang satu kertas kerja bertajuk 'Making the Right Move : Discovering Your Potential to be an Accountant'. Kertas kerja terakhir bertajuk 'Beyond Being an Accountant.....' telah dibentangkan oleh Chef selebriti antarabangsa - Chef Wan.

Mohd Fadrullah, pelajar semester akhir sedang ditemubual
oleh Chef Selebriti Antarabangsa - Chef Wan


Penyertaan pelajar semester akhir program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan ditemani dua Pensyarah pengiring iaitu Puan Fazni Mohd Fadzillah dan Encik Hamdan Mat Isa.

Friday, March 20, 2009

Intersesi May 2009

Mesyuarat Lembaga Akademik Fakulti telah meluluskan permohonan Fakulti Perakaunan UiTM Perlis untuk mengadakan intersesi pada May 2009 ini.

Untuk Program AC220, kursus yang ditawarkan di UiTM Perlis adalah AIS510 dan FAR500 manakala untuk program AC110 & AC120, kursus yang ditawarkan ialah FAR200, FAR250/260, FAR300/310, MAF310 dan MAF330

Mesyuarat LAF telah memutuskan pelajar UiTM Cawangan tidak dibenarkan mengambil intersesi di UiTM Shah Alam, namun mereka boleh mengambil di mana-mana kampus cawangan sekiranya kursus tersebut tidak ditawarkan di kampus berkenaan atau pelajar tidak mencukupi untuk sesuatu kursus intersesi. Keseluruhan kursus yang ditawarkan berjumlah 19 kursus di semua cawangan UiTM. Sila rujuk kepada papan kenyataan Ketua Program untuk melihat senarai lengkap kursus-kursus yang ditawarkan.

Tarikh mendaftar intersesi May 2009 bermula pada 11 March 2009 dan tarikh akhir validasi pada 11 Mei 2009. Kepada pelajar yang berminat untuk mengambil kursus intersesi May 2009, sila mendaftar dengan kadar SEGERA.

Pelajar perlu mengisi borang pendaftaran Intersessi yang boleh diperolehi di Kaunter Pejabat HEA. Borang perlu dilengkapkan dan ditandatangani oleh Ketua Program dan kemudian pelajar perlu membuat pembayaran di Pejabat Bendahari dan kembalikan sesalinan borang pendaftaran kepada Ketua Program beserta resit pembayaran bagi membolehkan pendaftaran secara online ke sistem iSIS oleh Ketua Program.

Sesi perkuliahan Intersesi May 2009 akan bermula pada 18 Mei sehingga 19 Jun 2009 dan peperiksaan Intersesi akan diadakan pada 22 Jun hingga 24 Jun 2009.

Monday, March 16, 2009

ACEF 2009 - Accountancy : Career and Education Fair

MIA akan mengadakan ACEF 2009 bertempat di MID Valley Exhibition Centre pada 4 April 2009. Seperti mana tahun lepas, cadangan pelajar yang akan dihantar ialah pelajar Bahagian 8 seramai 25 orang dan 2 orang pensyarah pengiring. Pelajar akan bertolak pada 3 April 2009, pukul 3 petang dan akan balik pada pagi Ahad, 5 April 2009. Untuk melihat itenerary ACEF 2009, Sila 'double click' di atas imej poster ACEF 2009 di bawah.