Monday, February 27, 2012

MALAM ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2012: FAKULTI PERAKAUNAN

Pada 6 Februari 2012 yang lepas, Persatuan Siswa Siswi Diploma Perakaunan dan Diploma Sistem Maklumat Perakaunan(PERSIDA) telah mengadakan Majlis Makan Malam dan Anugerah Kecemerlangan 2012 bertempat di Dewan Sri Semarak. Majlis ini telah dianjurkan oleh pelajar-pelajar semester 4,  bagi meraikan kejayaan pelajar-pelajar  cemerlang, disamping memberi semangat untuk berjuang dengan lebih berdaya saing kepada pelajar-pelajar yang belum mencapai tahap yang dikehendaki.

Majlis ini bermula pada jam 8.30 malam dan berakhir pada jam 11.30malam.  Majlis ini telah dihadiri oleh 10 orang pensyarah termasuk Ketua Kursus  AC110 dan AC120,Pn Salwana bt Selamat dan Penasihat PERSIDA, En Mohd Afiq Azero. Seramai 490 orang pelajar telah menghadiri majlis ini terdiri dari pelajar semester 1 hingga 6. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn Salwana bt Selamat.

Sepanjang majlis ini berlangsung,para hadirin telah diserikan dengan persembahan kebudayaan  yang dijemput khas dari PERSATUAN TAMING SARI.  Acara penyampaian anugerah kecemerlangan akademik ini diselang-selikan dengan persembahan pelajar dari setiap bahagian 1- 6.  Di penghujung majlis ini,satu slot telah dikhaskan untuk En Azrul mantan penasihat PERSIDA sebagai tanda terima kasih kepada beliau sepanjang memegang jawatan penasihat persatuan.

Majlis telah berjalan dengan lancardan jayanya. Semangat kerjasama dan setia-kawan telah berjaya disemai di kalangan AJK dan pelajar dalam menjayakan aktiviti ini. Bakat kepimpinan pelajar dalam pengurusan event juga telah dapat digilap secara tak langsung di kalangan pelajar senior dan junior.
Persembahan pelajar Bahagian 06

Suasana di dalam Dewan

Monday, February 20, 2012

Seminar Perakaunan, Pengauditan dan Pencukaian

Seminar Perakaunan, Pengauditan dan Pencukaian dengan tema "An overview of Classified Accounting, Auditing and Taxation" telah diadakan dengan jayanya pada 20 Januari 2012(Jumaat) bertempat di Dewan Kuliah 6, Komplek STAR UiTM Perlis. Di antara penceramah yang hadir adalah daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Audit Negara dan Jabatan Akauntan Negara(Cawangan Negeri Perlis).

Kertas kerja yang telah dibentangkan bertajuk:

1. An Overview of Classified Taxation and Malysian Budget for Nation
    Development
2. An Overview of Classified Government Accounting
3. The Relevance of Public Sector Accounting in Malaysian
     Development.

Seminar ini telah dirasmikan oleh Timbalan Rektor HEA, UiTM Perlis iaitu Dr. Shaiful Annuar Khalid dan  dianjurkan oleh siswa-siswi Bahagian 8 Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian). Seramai 196 pelajar dan 15 orang pensyarah telah hadir ke seminar kali ini.

Selain daripada menjurus kepada tajuk kertas kerja dikehendaki,  pelajar didedahkan dengan pengenalan kepada tugas-tugas  agensi tersebut, kelayakan untuk diterima sebagai kakitangan agensi  yang rata-rata mengkehendaki kelayakan melebihi HPNG 3.2  dan juga lain-lain jawapan terhadap soalan berbangkit.

Di harap dengan adanya seminar berbentuk ilmiah ini para pelajar mendapat input-input semasa berkaitan bidang Perakaunan.



Gambar-gambar semasa seminar berlangsung.

Penceramah daripada LHDN

Haidah penghargaan kepada penceramah

Antara para pelajar yang hadir





Thursday, January 19, 2012

Jasa Mu Dikenang - Encik Nordin Muhamad

Majlis Jasamu Dikenang telah diadakan di Hotel Seri Malaysia, Kangar pada tanggal 6 Januari 2011 bagi menghargai sumbangan seorang pensyarah kanan Fakulti Perakaunan, UiTM Perlis yang bersara secara rasminya pada 3 Januari 2011.

Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh koordinator Kursus, Puan Salwana.  Majlis diteruskan dengan ucapan serta tazkirah Encik Nordin untuk semua ahli fakulti.  Tahniah kepada Encik Nordin atas kesetiaan dan kerjasama sepanjang dalam perkhimatan beliau selama hampir 29 tahun.  Moga Allah SWT sentiasa merahmati beliau, dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki.  Difahamkan beliau telah bersara secara pilihan pada umur 53 tahun.

Berikut adalah gambar kenangan ahli fakulti bersama Encik Nordin Muhamad dalam Majlis Jasamu Dikenang.

Cenderahati kenangan dari Fakulti Perakaunan - Usaha kreatif Encik Mohd Ismail Abdul Rahim

Gambar kenangan - Kehadiran ahli Fakulti Perakaunan, UiTM Perlis

SELAMAT BERSARA ENCIK NORDIN MUHAMAD !!!!!!
* JASA MU DIHARGAI & DIKENANG SELAMANYA *

Friday, December 9, 2011

BENGKEL UBS ACCOUNTING


Program satu hari  bertempat di makmal komputer 7 dan 8 yang telah diadakan pada 3 disember 2011 yang lalu telah berjalan dengan lancar. Seramai 57 orang pelajar Ijazah Perakaunan Kepujian bahagian 6 telah terlibat secara langsung di dalam bengkel ini. Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai perisian perakaunan(UBS) selain daripada yang sedia ada. UBS Accounting Software adalah perisian perakaunan yang terlaris di Malaysia dan paling banyak digunakan oleh syarikat dan industri bersaiz kecil dan sederhana. Dari segi pasaran pekerjaan, banyak syarikat meletakkan UBS Computerised Accounting sebagai salah satu criteria untuk menjawat jawatan itu.   Sehubungan dengan itu pihak fakulti berpendapat adalah berfaedah dan dapat sedikit sebanyak memberi nilai tambah kepada pelajar-pelajar melalui bengkel ini.

Lima orang pensyarah telah terlibat sebagai fasilitator dan berkongsi kepakaran melalui bengkel ini. Mereka terdiri daripada En Nadzir Awang, Pn Norhasimah Abdul Wahid, En Hamdan Mat Isa, Pn Fa’izah Ghazi, Pn Nor Kartini dan  En. Azrul Abdullah.

Sesi pagi bengkel bersama ketua fasilitator, En. Nadzir Awang@Said
Minum pagi, turut disertai oleh KPP dan Pn Azura
                     

                     
Fasilitator En. Hamdan Mat Isa, Membantu peljar dalam sesi bengkel

Adalah diharapkan usaha murni dan inovasi pengajaran ini dapat membantu pelajar-pelajar yang bakal menjalani latihan praktikal. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Thursday, November 10, 2011

OPKIM UiTM (Perlis) 2011, Kg. Chelong DUN Padang Besar

Program OPKIM UiTM (Perlis) 2011  “UiTM Perlis di Kampungku” di Kg. Chelong DUN Padang Besar telah berlangsung dengan jayanya pada 28-30 Oktober yang lalu.  TAHNIAH diucapkan kepada Fakulti Perakaunan, 27 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda(Kepujian) Pengurusan Perniagaan yang terlibat, Pengerusi JKKK En. Rosli bin Yob dan penduduk Kg. Chelong serta Puteri UMNO Padang Besar.

Selama tiga(3) hari berkampung di sana banyak aktiviti yang telah dilakukan bersama penduduk kampung. Antaranya:
  • Misi Akademik UiTM Perlis
  • Promosi Program Mengubah Destini Anak Bangsa(MDAB)
  • Khidmat Guaman
  • Program Secangkir Kasih-sumbangan berupa barangan dapur kepada penduduk miskin dan warga emas.
  • Tazkirah oleh Ustaz jemputan 
  • Gotong royong di kawasan kampung
  • Pemeriksaan Kesihatan
  • Pendaftaran/Penyemakan Daftar pemilih
  • Pameran/Taklimat dari JKJR
  • Sukaneka
  • Pertandingan Gubahan bunga
  • Pertandingan Masakan Asam Pedas ikan air tawar
  • Cabutan Bertuah

    Program berakhir pada jam 2 petang 30 Oktober 2011 apabila anak angkat berangkat pulang ke UiTM Perlis. Mereka dijemput datang lagi dan dihadiahkan kain batik serta tudung sebagai ingatan mesra keluarga angkat. Semoga pelaksanaan OPKIM berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.

    'Layan' gambar-gambar aktiviti OPKIM 2011 di Kg. Chelong.
    Peserta OPKIM – 27 pelajar Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Perniagaan
    Penglibatan pelajar SMK Dato’ Jaafar Hassan dan peserta OPKIM

    Senamrobik melibatkan pelajar UiTM, penduduk kampung dan Puteri UMNO

    Khidmat guaman oleh pensyarah UiTM (Perlis)

    Secangkir Kasih – ramah-mesra dan sumbangan kepada keluarga emas
    Kita tunggu OPKIM 2012.........................

    Tuesday, November 1, 2011

    Tazkirah OPKIM 2011 di Kampung Chelung

    Sesi Tazkirah OPKIM Fakulti Perakaunan 2011 telah diadakan di Surau Kampung Chelung pada tanggal 28 Oktober 2011, selepas solat maghrib.  Tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Mohammad Ali dan telah dihadiri oleh peserta OPKIM bersama keluarga angkat masing-masing. Rakan-rakan pensyarah yang hadir ke sesi tazkirah terdiri dari Encik Nordin Muhammad, Encik Abdul Kadir Mohd Noor dan Encik Hamdan Mat Isa.

     Sesi tazkirah  dipimpin oleh Ustaz Mohammad Ali
     
    Kehadiran anak angkat bersama-sama keluarga angkat Kampung Chelung 

    Sesi tazkirah ditamatkan pada jam 10.00 malam.  Keluarga angkat bersama anak-anak angkat menjamu selera jamuan disediakan oleh pihak urusetia.

    Thursday, October 27, 2011

    Istiadat Konvokesyen UiTM ke 75-Perlis

    Istiadat konvokesyen ke 75 UiTM telah berlangsung selama dua(2) hari iaitu pada 22-23 Oktober 2011. Ini adalah konvokesyen kali ke-3 diadakan di UiTM Perlis. Sidang pertama konvokesyen dimulakan oleh Fakulti Perakaunan. Jumlah graduan Fakulti Perakaunan yang menerima Ijazah/Diploma pada kali ini adalah 114 orang graduan. Seramai 14 orang pensyarah Fakulti terlibat pada konvokesyen kali ini.

    Antara pensyarah yang hadir berdiri dari kanan Miss Syarifah Fairuz, Pn. Nor Syafinaz, Pn. Fazni, PM Farah, PM Ruhana, Pn. Nor Kartini, PM Roselina. Duduk dari kanan PM David, Pn. Fairuz, Dr. Normah(KPP), Pn. Salwana(KK) dan PM Junaini. Tiada dalam gambar En. Azrul dan En. Nadzir



    Senarai graduan mengikut program:
    1. Sarjana Muda Perakaunan(Kepujian)
         Kelas pertama NUR FARAHIYAH BT SUHAIMI (CGPA 3.5-4.00)
         Kelas kedua tinggi 11 orang graduan (CGPA 3.00-3.49)
         Kelas kedua rendah 33 orang graduan

    2. Diploma Perakaunan 38 orang graduan

    3.Diploma Sistem Maklumat Perakaunan 31 orang graduan.
       Muhammad Shamlan bin Samsudin berjaya mendapat Anugerah Naib Canselor (CGPA 3.5 ke atas enam semester  berturut-turut). TAHNIAH!

    Semoga Fakulti Perakaunan UiTM Perlis terus berjaya melahirkan graduan yang berkualiti dan berdaya saing. Sekalung TAHNIAH kepada semua graduan dan pensyarah yang terlibat...................