Thursday, March 12, 2009

Progress Keperluan Latihan Staf 2009 Fakulti Perakaunan


Pihak KP telah merancang beberapa siri latihan staf sepanjang tahun 2009. Seperti yang diedarkan menerusi email kepada semua pensyarah pertengahan Januari lalu, kesemua rancangan latihan tersebut beserta cadangan bajet telah diluluskan oleh Bahagian Pentadbiran, UiTM Perlis.

Tanggungjawab pensyarah telah diagihkan berdasarkan kumpulan tertentu. Ada beberapa kumpulan telah mengadakan perbincangan awal dan hasil perbincangan awal tersebut telah di maklumkan kepada kp. Antaranya :

a. Bengkel Pemantapan Pengurusan Fakulti Perakaunan UiTM Perlis

Bengkel ini akan diadakan pada 17/4/2009, hari Jumaat bertempat di Makmal Latihan Staf. Bengkel sehari ini bertujuan untuk menambahbaik pengurusan Fakulti Perakauan. Antara aspek penting yang akan dibincangkan tentang penglibatan pensyarah dalam aktiviti-aktiviti pelajar, pengurusan penasihat akademik, menambahbaik komunikasi pensyarah khususnya dalam sebaran maklumat fakulti. Kehadiran dan keberadaan di sepanjang bengkel adalah WAJIB untuk semua pensyarah Fakulti Perakaunan.

b. Bengkel Perakaunan Sektor Awam

Kp telah dimaklumkan olen PM Roselina bahawa mungkin tajuk bengkel ini akan diubah tetapi ruang lingkupnya masih lagi fokus Perakaunan Sektor awan. Tentatif mungkin di buat pada awal semester hadapan.

c. Team Building

PM Ruhana telah memaklumkan kepada kp bahawa perbincangan tidak rasmi telah dibuat. Tiga tempat cadangan iaitu NPC (di Bumbung Lima, Kepala Batas atau di mana??) Felda Hot Spring, Trolak di Perak dan satu lagi …….. saya terlupa. Cadangan tarikh ialah selepas kita selesai proses final exam dan sebelum semester depan bermula.

Saya belum mendapat apa-apa input dari kumpulan :

1. Bengkel MYOB2

2. Financial Reporting Standard 2009



Aktiviti Pelajar Fakulti Perakaunan UiTM Perlis


Dimaklumkan kepada pihak PM, Dr, Tuan dan Puan bahawa antara aktiviti pelajar yang bakal berlansung antaranya :

a. Corporate Team Building Pelajar Part 4

Program ini telah berlansung pada 28/2/2009 hingga 1/3/2009 bertempat Havard Golf Club Bedong. Setinggi penghargaan kepada Tuan Haji Syed Hassan Syed Mahdar kerana telah menjadi pensyarah pengiring.

b.. Lawatan Industri Pelajar anjuran PERSIDA.


Lawatan Industri Pelajar DIA anjuran PERSIDA akan berlansung pada 11/3/2009 - 14/3/2009 di Sekitar Kuala Lumpur & Selangor. Setinggi penghargaan kepada Encik Azrul Abdullah, Puan Noridah Ibrahim dan Puan Norizam Ahmad kerana telah sudi menjadi Pensyarah Pengiring.

c. UUM-PRIBUMI INVESTMENT CAMP (UPIC)

Program mirip 'business games' yang diwakili oleh seluruh IPTA Malaysia akan mengadakan roadshownya pada 15/3/2009, bertempat di LT5. Pelajar Part 5, BAcc diwajibkan untuk hadir ke program tersebut. Seramai 25 peserta akan dipilih untuk mewakili UiTM Perlis di akhir sessi tersebut. Pelajar akan diberikan pendedahan berkaitan 'trading floor' pasaran saham berdasarkan maklumat Bursa Saham Kuala Lumpur, kemudian pelajar akan membuat transaksi secara 'mock trading'.

Pelajar terpilih akan ditempat di UPIC, UUM selama 3 minggu semasa cuti semester dan pelajar terpilih juga akan ditawarkan membuat latihan praktik bersama dengan remiser yang berdaftar dengan Persatuan Rimiser Malaysia.

Disamping itu juga UPIC juga mengadakan walk-in interview di sebelah petangnya. Oleh itu kehadiran pelajar tahun akhir adalah amat dialu-alukan. Sila datang dengan berpakaian kemas untuk sesi temuduga tersebut.

d. Misi Akademik Profersional UiTM

Program ini akan diadakan pada 20/3/2009, hari jumaat bermula jam 3.00 petang bertempat di LT4. Taklimat program profersional akan disampaikan oleh wakil MICPA, Wakil CIMA dan Wakil Fakulti Perakaunan untuk ACCA-UiTM. Pelajar yang diwajibkan hadir adalah pelajar Part 1 DIA dan Pelajar Part 4 - program BAcc. Diharapkan program ini dapat meningkatkan motivasi pelajar DIA dan BAcc untuk memajukan pembangunan kerjaya mereka di bidang profersional dan menjadi peransang untuk mereka lebih gigih berusaha memperolehi peluang ini.

d. Majlis Makan Malam Fakulti dan Anugerah Kecemerlangan.

Pihak kp AC120, AC110 dan AC220 bercadang untuk mengadakan majlis ini pada 4/4/2009, pukul 8.00 malam bertempat di Dewan Baru. Semua pelajar DIA, DAIS dan BACC akan turut serta dalam jamuan ini. Kp amat berharapagar semua pensyarah dapat meluangkan masa untuk majlis ini.