Thursday, April 8, 2010

Kem Kecermelangan Akademik Fakulti Perakaunan 2010

Kem Kecemerlangan Akademik Bahagian 6 telah diadakan di Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor pada 12 March 2010. Kem selama tiga hari melibatkan pelajar bahagian 6 di bawah selian Penasihat Akademik Bahagian 6, Encik Nadzir Awang Ahmad. Pensyarah pengiring terlibat terdiri dari Prof Madya David S. Levins dan Puan Wan Madihah Wan Zakiudin.

Memori kenangan - Sebahagian pelajar Bahagian 6 yang terlibat.

Objektif program antaranya untuk meningkatkan prestasi pembangunan akademik pelajar khususnya penambahbaikan CGPA ke tahap yang lebih tinggi. Kem ini juga bertujuan mengeratkan hubungan sailaturrahim antara pelajar Bahagian 6, di samping memberikan pendedahan cara pelajar efektif dan juga pendedahan maklumat berkaitan persediaan menempuh alam pekerjaan. Pelajar juga didedahkan dengan kerjaya berkaitan dengan profesyen perakaunan khususnya ACCA, CIMA, MICPA dan lain-lain. Kem ini telah mendapat sentuhan seorang motivator berpengalaman dan juga pensyarah dari UiTM Kedah iaitu Encik Zubir Azhar.

Penghargaan disampaikan oleh Puan Wan Madihah kepada Encik Zubir Azhar

Sebahagian aktiviti riadah pelajar Bahagian 6, berlatarbelakangkan
Teluk Dalam, Pulau Pangkor

No comments:

Post a Comment