Thursday, March 4, 2010

Perjumpaan Pelajar Bersama Penasihat Akademik - Tarikh Baru

Perjumpaan pelajar AC220 bersama Penasihat Akademik Fakulti Perakaunan ditangguh ke satu tarikh baru iaitu pada 26 March 2010, jam 2.30 petang - 5.00 petang.

Kehadiran dan keberadaan di sepanjang sesi perjumpaan pelajar AC220 bersama Penasihat Akademik adalah WAJIB.

Berikut di senarai Penasihat Akademik dan tempat-tempat perjumpaan :

1. Puan Salwana Selamat - Bahagian 2 - B212
2. PM Ruhana Ramli - Bahagian 4 - B208
3. Encik Azrul Abdullah - Bahagian 5 - Podium
4. Encik Nadzir Awang Ahmad @ Said - Bahagian 6 - B206
5. PM Abdul Wahab Mohd Noor - Bahagian 8 - B213

Perjumpaan ini bertujuan membincangkan permasalahan semasa pelajar AC220 dan perjalanan aktiviti pelajar semester ini dan membincangkan aktiviti pelajar pada semester hadapan.

Wednesday, March 3, 2010

Taklimat Misi Akademik Program Profersional Fakulti Perakaunan

Satu taklimat Misi Akedemik Program Profersional Fakulti Perakaunan UiTM akan diadakan pada 12 March 2010 bertempat di Podium, jam 2.15 petang. Taklimat akan disampaikan oleh wakil-wakil dari Fakulti Perakaunan, Shah Alam dan juga wakil-wakil dari pengamal profesyen perakaunan seperti CIMA, ICEAW, ACCA dan lain-lain.

Penyertaan adalah diwajibkan kepada pelajar yang akan menamatkan pengajian mereka pada semester ini iaitu pelajar Bahagian 8, program AC220 dan pelajar Bahagian 6 bagi program AC110 dan AC120. Kehadiran pelajar akan direkodkan sebagai sebahagian daripada aktiviti pembangunan pelajar.

Tuesday, February 23, 2010

Aktiviti Pelajar Semester Desember 2009 - April 2010

Disenaraikan aktiviti pelajar yang telah diluluskan di bawah Tabung pembangunan Pelajar untuk semester ini.

1. Lawatan Industri MAF420 di Sungai Petani & Perai pada 6 March - 7 March 2010
2. Kem Survival 2010 di AID Advanture Park, Ayer Hitam, Penang pada 2 April - 4 April 2010
3. Kem Kecermelangan Akademik Fakulti Pelajar Bahagian 4 & 6 di Pulau Pangkor pada 12 March - 14 March 2010
4. Seminar in Financial Reporting Standard 2010.

Perjumpaan Pelajar Bersama Penasihat Akademik

Satu perjumpaan pelajar AC220 bersama Penasihat Akademik akan diadakan pada 26 Februari 2010, jam 8.30 pagi. Senarai penasihat Akademik dan tempat perjumpaan adalah seperti berikut :

Puan Salwana Selamat - Bahagian 2 - BK15
PM Ruhana Ramli - Bahagian 4 - A212
Encik Azrul Abdullah - bahagian 5 - LT2
Encik Nadzir Awang Ahmad @ Said - Bahagian 6 - LT3
PM Abdul Wahab Mohd Noor - Bahagian 8 - BK1

Perjumpaan ini bertujuan membincangkan permasalahan semasa pelajar AC220 dan perjalanan aktiviti pelajar semester ini dan membincangkan aktiviti pelajar pada semester hadapan.

Thursday, January 7, 2010

Taklimat Pengecualian Kredit Part 4 AC220

Dimaklumkan kepada pelajar AC220 Part bahawa Taklimat Pengecualian Kredit akan diadakan pada hari Jumaat, 8 Januari 2009 bertempat di bilik B303 pada pukul 10.30 pagi.

Mohon semua pelajar Part 4 untuk membawa bersama salinan transkrip diploma dan plan pengajian masing-masing. Ini bagi memudahkan proses pengecualian kredit didaftarkan ke dalam Sistem ISIS.

Thursday, December 31, 2009

Selamat Datang Pelajar AC110, AC120 & AC220 - Semester Disember 2009 - April 2010

Pihak Ketua Program DIA dan Ketua Program BAcc mengalu-alukan kedatangan pelajar baru program Diploma in Accountancy (AC110), Diploma in Accounting Information Systems (AC120) dan pelajar Bachelor in Accountancy (honours) ke UiTM Perlis. Mendaftar sebagai pelajar DIA dan DAIS maupun pelajar BAcc, membuktikan anda telah menjadi sebahagian warga UiTM Perlis khususnya warga Fakulti Perakaunan UiTM Perlis.

Pelajar baru program diploma telah mendaftar pada 27 Disember 2009 manakala pelajar BAcc mendaftar pada 2 dan 3 Januari 2009. Kuliah akan bermula secara rasmi pada 4 Januari 2009.

Kolokium Fakulti UiTM Perlis 2009

Sebahagian Pensyarah Fakulti Perakaunan UiTM Perlis bergambar kenangan bersama
Prof Dr. Ibrahim Kamal Abdul Rahman


Kolokium Fakulti Perakaunan UiTM Perlis 2009 telah diadakan pada 3 Disember 2009 hingga 6 Disember 2009 bertempat di Intekma Resort and Convention Centre, Shah Alam. Kolokium kali ini dihadiri oleh semua pensyarah Perakaunan termasuk seorang bekas pensyarah Fakulti Perakaunan UiTM Perlis, Prof Madya Lee Chew San.

Prof Madya Lee Chew San, Director Courseware Development eSmartTraders
sedang membentangkan kertas kerja


Sebanyak 12 kertas kerja telah dibentang dan dibahaskaskan bagi tujuan penambahbaikan kualiti kertas kerja dan juga penambahbaikan pengurusan fakulti. Setinggi penghargaan kepada semua pembentang khususnya Prof Madya Lee Chew San kerana sudi datang dan membentangkan kertas kerja bertajuk Courseware Development and Software Tools.

Keynotes address oleh Prof Madya Dr. Rosiatimah Mohd Isa
bertajuk Teaching, Learning and Research


Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Dekan Fakulti Perakaunan, Prof Dr. Ibrahim Kamal Abdul Rahman kerana sudi datang dan merasmikan Kolokium Fakulti Perakaunan UiTM Perlis 2009. Beliau juga telah membantangkan satu kertas kerja bertajuk Archway to Academic Excellent : Expanding Horizon Towards Graduates Marketability and Research University.

Penghargaan dan terima kasih juga kepada keynotes speaker, Prof Madya Dr. Rosiatimah Mohd Isa dan semua pembentang kertas kerja serta semua ahli jawatankuasa yang telah menjayakan Kolokium Fakulti Perakaunan 2009.