Friday, July 7, 2023

Kelebihan Keusahawanan Siswa di Era Digital

Disediakan oleh Azura Mohd Noor dan Fazni Mohamad Fadzillah, Pensyarah Kanan, Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Perlis

Secara purata, 224,000 graduan dilahirkan pada setiap tahun berbanding penawaran kerja berkemahiran tinggi yang hanya 127,000 pekerjaan (Muhammad Saufi, 2023). Ini menyebabkan lebih 90,000 graduan berdepan dengan masalah pengangguran akibat kekurangaan peluang pekerjaan. Justeru itu Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengambil inisiatif melancarkan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Keusahawanan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi (PTK IPT) 2021-2025 pada Februari 2019 dengan tujuan untuk memperkasakan Pendidikan keusahawan di institusi pengajian tinggi. Pelan ini mewujudkan satu kerangka strategik untuk membentuk ekosistem keusahawanan yang menggabungkan elemen seperti keusahawanan, akademik, industri, kerajaan dan komuniti dalam landskap pendidikan tinggi negara (Siti Rosnita & Nurbarirah, 2021; Hasmira & Aziah 2021).

Dalam konteks negara Malaysia, definisi Usahawan yang diguna pakai adalah individu yang mengambil tanggungjawab dan risiko memulakan, membangunkan dan mengembangkan sesebuah perusahaaan dengan menggembeleng sumber-sumber menjadi sesuatu yang mendatangkan hasil kekayaan dan/atau kesejahteraan sejagat. (Dasar Keusahawanan Nasional 2030, 38). Manakala siswa pula didefinisikan sebagai penuntut atau pelajar di pusat pengajian tinggi (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005).  Oleh itu usahawan siswa dikenali sebagai usahawan muda yang masih menjalani proses pembelajaran di peringkat pengajian tinggi.  Galakan penglibatan siswazah dalam aktiviti keusahawanan perlu dilaksanakan oleh setiap institusi pengajian tinggi kerana ia mampu mengurangkan isu pengangguran dalam kalangan graduan (Sabarudin et al., 2022). Kelebihan ini dapat dilihat apabila aktiviti – aktiviti keusahawanan di institusi pengajian memberi manfaat kepada siswazah dengan mencetuskan minat mereka untuk mula berniaga sepanjang temnpoh pengajian dan meneruskan perniagaan juga selepas tamat pembelajaran. Keusahawanan siswa sekaligus memungkinkan kadar kebergantungan kepada bidang utama mereka dalam membina kerjaya dapat dikurangkan. Di samping itu, aktiviti-aktiviti tersebut memberi ruang dan peluang kepada usahawan siswazah dalam membina jaringan di kalangan mereka terutamanya dari segi sokongan moral, maklumat dan sumber perniagaan (Suliati, 2021).

Daripada Said bin Amir al-Ansari berkata, Rasulullah SAW ditanya, “Pekerjaan apakah yang paling baik?”. Baginda menjawab, “Pekerjaan seseorang dengan tangannya sendiri dan setiap perniagaan yang baik.”

(Hadis Riwayat al-Baihaqi, No.1222)

Menurut hadis di atas keusahawanan merupakan suatu kegiatan ekonomi atau bidang pekerjaan yang bagus menurut agama Islam. Kelebihan keusahawanan siswa ini juga boleh dilihat dari sudut kewangan iaitu ia menyediakan hasil pulangan yang berganda jika diusahakan secara bersungguh-sungguh oleh usahawan siswa sepanjang tempoh pengajian mereka (Suliati, 2021). Usahawan siswa boleh berdikari untuk menyara diri mereka sendiri sepanjang bergelar mahasiwa dengan pendapatan yang ada. Malahan ada usahawan siswa yang turut membantu meningkatkan taraf hidup keluarga mereka melalui pendapatan yang dijanakan oleh perniagaan mereka.

Abdullah Ibnu Abbas RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan masa hidup sebelum tiba masa mati”.

(Hadis Riwayat al-Hakim, No.7846 dan al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, No.10248)

Hadis di atas menuntut manusia untuk sentiasa peka kepada masa dan mengambil peluang untuk menyelesaikan perkara-perkara berfaedah dengan segera tanpa berlengah. Jatuh bangun dalam perniagaan merupakan cabaran yang akan dialami oleh mana-mana usahawan. Kelebihan utama para usahawan siswa terletak kepada usia mereka. Dengan umur yang muda mereka dikaitkan dengan semangat yang tinggi untuk mencuba sesuatu yang baharu, berani menghadapi cabaran serta mereka dikatakan lebih fleksibel dalam membuat keputusan. Pada masa kini, cetusan teknologi Revolusi Industri 4.0 telah mewujudkan pendigitalisasian teknik-teknik baharu dalam keusahawan seperti kepelbagaian strategi pemasaran atas talian (Nurzaki, 2021; Siti Rosnita & Nurbarirah, 2021). Pada usia muda sebegini, usahawan siswa mampu memahami dengan cepat dan mengaplikasikan pengetahuan baharu ini dalam perniagaan mereka. Malahan pada usia muda, usahawan siswa mempunyai ruang dan masa yang lebih untuk terus mencuba perbaiki diri serta melakukan penambahbaikan berterusan kepada perniagaan yang dijalankan untuk mendapat hasil yang memberangsangkan dan sekaligus mendapat tempat di hati para pelanggan mereka.

Usahawan siswa turut mempunyai kelebihan dari sudut kesediaan pasaran di dalam institusi pengajian mereka (Nurzaki, 2021). Mereka dikelilingi oleh ribuan pelanggan yang sedia ada iaitu para pelajar di institusi pengajian yang sama. Malahan staf institusi pengajian tersebut juga adalah sasaran pasaran yang mudah diperolehi kerana berada dalam lokasi yang sama. Usahawan siswa perlu peka dengan kehendak pasaran yang sedia ada ini untuk membolehkan mereka mencari strategi pemasaran yang sesuai untuk menarik bakal pelanggan menjadi pelanggan yang tetap. Selain cara pemasaran secara atas talian seperti facebook, Instagram dan seumpamanya untuk mengiklan produk atau servis yang diberikan, usahawan siswa juga boleh menggunapakai cara pemasaran secara peribadi kerana jarak para pelanggan (para pelajar dan staf) hanya di sekitar lokasi yang berdekatan. Ini dapat mewujudkan kepercayaan pelanggan kepada usahawan dan berkemungkinan pelanggan baru akan muncul apabila pelanggan yang sedia ada berpuas hati dengan cara layanan usahawan siswa ini dan menyebarkan maklumat produk atau servis kepada rakan-rakan atau ahli keluarga mereka.

Abu Sa’id RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

 “Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para Nabi, orang yang jujur dan orang yang syahid.”

(Hadis Riwayat al-Tirmizi, No.1209)

Hadis di atas menunjukkan betapa agama Islam meninggikan darjat usahawan yang berniaga mengikut etika Islam seperti jujur dan amanah. Keberkatan dalam perniagaan yang dijalankan oleh seseorang usahawan siswa sepanjang pengajian mereka boleh secara tidak langsung memberikan impak positif kepada kehidupan pembelajaran mereka. Kekuatan usahawan siswa melalui akhlak yang mulia juga turut disokong oleh hadis di bawah: 

Dari Mu’az bin Jabal RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya sebaik-baik penghasilan ialah penghasilan para pedagang yang mana apabila berbicara tidak bohong, apabila diberi amanah tidak khianat, apabila berjanji tidak mengingkarinya, apabila membeli tidak mencela, apabila menjual tidak berlebihan (dalam menaikkan harga), apabila berhutang tidak menunda-nunda pelunasan dan apabila menagih hutang tidak memperberat orang yang sedang kesulitan.”

(Hadis Riwayat Al-Baihaqi, No.221)

Hadis ini menggariskan sifat-sifat yang perlu ada pada diri usahawan semasa berurusan dengan para pelanggan demi menjamin kejayaan perniagaan mereka. Pelanggan dan bakal pelanggan merupakan pihak yang akan membeli produk atau servis yang ditawarkan oleh usahawan siswa. Sebagus mana produk atau servis yang ditawarkan tanpa disertai akhlak yang mulia, usahawan siswa tidak akan berjaya dalam perniagaannya bagi jangka masa yang panjang. Memberi penerangan yang benar berkenaan produk atau servis yang diberikan dapat meningkatkan tahap kepercayaan pelanggan kepada seseorang usahawan siswa tersebut dan ini merupakan kekuatan ini amat penting yang tiada tolok bandingnya. Tidak perlu menjatuhkan produk orang lain hanya untuk menunjukkan produk kita yang terbaik. Apabila pelanggan yang sedia ada mempunyai kepercayaan yang tinggi kepada seseorang usahawan siswa tersebut, berkemungkinan besar pelanggan-pelanggan baru akan turut muncul.

Secara kesimpulannya, menurut agama Islam menuntut ilmu dan bekerja merupakan suatu bentuk ibadat yang mulia dan mampu menaikkan darjat orang-orang yang melakukannya. Para usahawan siswa beruntung kerana mampu melakukan kedua-duanya serentak dan juga memperoleh pelbagai manfaat seperti memperoleh sumber kewangan dan juga peningkatan kemahiran diri. Dalam menceburi bidang keusahawanan, usahawan siswa perlu sentiasa memastikan keutamaan diberikan kepada pembelajaran mereka tanpa kompromi. Kajian oleh Rao, Rahman & Othman (2022) mendapati secara keseluruhannya, pelajar Universiti Awam mempunyai keinginan keusahawanan. Pendedahan kepada pelbagai kemahiran, sikap dan keadaan persekitaran yang kondusif diperlukan supaya mereka dapat membina pemikiran dan keinginan keusahawanan dalam diri mereka. Oleh yang demikian institusi pengajian tinggi perlu peka dengan perkembangan semasa supaya  penyaluran ilmu keusahawanan yang terkini kepada para siswazah berjalan dengan lancar. Selain itu perancangan aktiviti keusahawanan perlu sering dilaksanakan bagi membantu para usahawan siswa memperkenalkan produk atau servis mereka dan sekaligus menaikkan minat kepada bakal usahawan siswa untuk menceburi bidang keusahawanan apabila melihat sokongan padu yang diberikan oleh pihak institusi pengajian tinggi.

 

Rujukan

 

Hasmira, A. & Aziah, I. (2021). Pembangunan atribut keusahawanan dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional KPM: Sasaran dan strategi pelaksanaan. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 8(3), 18 – 37.

Kamus Dewan.  Edisi Keempat. (2005).  Kuala Lumpur:  Dewan Bahasa dan Pustaka.


Kementerian Pembangunan Usahawan. (2019).  Dasar Keusahawanan Nasional 2030, diambil dari https://www.pmo.gov.my/ms/2019/08/dasar-keusahawanan-nasional/


Muhammad Saufi, H. (8 Februari 2023). 90,000 bakal menganggur, diambil dari https://www.hmetro.com.my/utama/2023/02/937225/90000-bakal-menganggur


Nurzaki, I. (21 September 2021). Revolusi industry 4.0 pencetus usahawan pelajar masa kini, diambil dari https://www.dagangnews.com/article/revolusi-industri-40-pencetus-usahawan-pelajar-masa-kini-9137


Rao, N. H. C., Rahman, R. S. A. R. A., & Othman, N. (2022). Keusahawanan pelajar institusi pengajian tinggi: Adakah sikap, kemahiran dan persekitaran membentuk keinginan. International Journal of Education, Psychology and Counselling, (IJEPC), 7(48), 601 – 619.


Sabarudin, A., Lokman, N. H., Jantan, N. S., Zainurdin, N. A., Abd Halim, A., & Khoiry, M. A. (2022). Tinjauan keberkesanan program keusahawanan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap kebolehpasaran graduan menurut perspektif alumni UKM. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(2), 1 – 14.


Siti Rosnita, S. & Nurbarirah, A. (25 September 2021). Kreativiti tenaga kerja universiti corak usahawan graduan digital, diambil dari  https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2021/09/868501/kreativiti-tenaga-kerja-universiti-corak-usahawan-graduan-digital


Suliati, A. (4 Januari 2021). Keusahawanan siswa, diambil dari https://www.hmetro.com.my/cademia/2021/01/659961/keusahawanan-siswa


Tuesday, May 30, 2023

The TikTok Takeover: The Unbelievable Journey of the World's Most Addictive App

 


By Norizam Binti Ahmad @ Muhammad, Faculty of Accountancy, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perlis.

TikTok, a social media platform that has taken the world by storm, has experienced a meteoric rise to fame since its inception a few years ago. This article explores the evolution of TikTok, examining its global success and impact on popular culture. Additionally, it examines the platform's potential for financial gain and its role in promoting education. By delving into these aspects, we gain an understanding of TikTok's journey and its influence on various spheres of society.

TikTok's rapid popularity can be attributed to its unique and addictive format. Users can create short-form videos accompanied by music or sound bites, utilizing an array of creative tools and filters to enhance their content (Abidin & Ots, 2020). This format has proven highly engaging, with users spending countless hours scrolling through their personalized "For You" page, which showcases content curated to their interests.

Viral trends and challenges have also played a crucial role in TikTok's rise to fame. From dance challenges to lip-syncing videos, these trends have rapidly spread, capturing the attention of millions of users worldwide. Moreover, many TikTok trends have crossed over into mainstream media, with songs and dances from the platform making their way onto music charts and popular TV shows and movies (Abidin & Ots, 2020). However, it is important to assess the impact of these trends on culture and question the potential for appropriation or trivialization of certain aspects.

TikTok has made a significant impact in Malaysia, with numerous local users achieving fame on the platform. One noteworthy example is Alieff Irfan, also known as "Mat Rempit TikTok," who has garnered a massive following for his videos showcasing his skills as a motorcycle stunt rider (Nasir, 2021). Another popular Malaysian TikToker is Khaby Lame, a comedian who has gained a global audience with his humorous videos commenting on common life situations (Nasir, 2021). These Malaysian influencers exemplify the diverse talent and content that has emerged from the country's TikTok community.

While TikTok is predominantly known for its entertainment value, it has also demonstrated its potential as an educational tool. Educators worldwide have embraced the platform, creating TikTok accounts to share educational content in a fun and engaging manner (Khaerunnisa & Kurniasih, 2020). Science experiments, language lessons, and historical trivia are just a few examples of educational content that has found a home on TikTok. By leveraging the platform's popularity, educators have been able to reach a broader audience and make learning more accessible and enjoyable for students (Khaerunnisa & Kurniasih, 2020). However, it is essential to critically evaluate the accuracy and reliability of educational content on TikTok, as misinformation and misinterpretation can also proliferate on the platform.

Beyond its entertainment and educational aspects, TikTok offers users the potential for financial gain. Many individuals have successfully transformed their TikTok fame into lucrative careers, with the most successful influencers earning millions of dollars (Sharma, 2021). Opportunities for monetization on TikTok include brand partnerships and sponsorships, where influencers promote products to their audience. Additionally, the Creator Fund allows eligible TikTok creators to earn money directly from the platform based on views and engagement (Sharma, 2021). However, it is essential to recognize that financial success on TikTok is not guaranteed for all users, and the pursuit of monetary gains should not overshadow the importance of creating authentic and meaningful content.

TikTok has emerged as a global phenomenon (Moreno, 2021), captivating audiences with its unique format and viral trends (Olajide, 2023). From its rise to fame to its impact on education and the potential for financial gain (Casperson, 2023), TikTok has left an indelible mark on popular culture. However, it is crucial to approach the platform critically, considering potential challenges such as cultural appropriation, misinformation, and the sustainability of financial success. By navigating these aspects thoughtfully, we can fully appreciate the evolution of TikTok and harness its positive influence while addressing its limitations.

 

References:

Abidin, C., & Ots, M. (2020). Memes as a mode of political communication on TikTok. Social Media + Society, 6(3), 2056305120948169. https://doi.org/10.1177/2056305120948169

Casperson, N. (2023, March 27). How the future of TikTok may impact a generation’s financial literacy. Forbes. Retrieved from https://www.forbes.com/sites/nicolecasperson/2023/03/27/why-the-future-of-tiktok-impacts-the-fintech-industry/?sh=6fe28aa63487

Moreno, J. (2021, Dec 29). TikTok surpasses Google, Facebook as World’s most popular web domain. Forbes. Retrieved from https://www.forbes.com/sites/johanmoreno/2021/12/29/tiktok-surpasses-google-facebook-as-worlds-most-popular-web-destination/?sh=28f0b1943efb

Khaerunnisa, M., & Kurniasih, N. (2020). TikTok as an edutainment platform for language learning in the millennial era. Journal of Language Teaching and Research, 11(6), 669-676. https://doi.org/10.17507/jltr.1106.03

Nasir, M. (2021, March 17). TikTok in Malaysia: 11 popular Malaysian TikTok creators to follow. Vulcan Post. Retrieved from https://vulcanpost.com/727531/malaysia-tiktok-creators-follow/

Olajide, D. (2023, May 4). Is it time to switch off Tik Tok? PR Insider. Retrieved from https://www.curzonpr.com/theprinsider/is-it-time-to-switch-off-tik-tok/

Sharma, S. (2021, April 30). How to make money on TikTok: 4 ways to monetize your TikTok account. Business Insider. Retrieved from https://www.businessinsider.in/business/startups/news/how-to-make-money-on-tiktok-4-ways-to-monetize-your-tiktok-account/articleshow/82239814.cms