Program satu
hari bertempat di makmal komputer 7 dan 8 yang telah diadakan pada 3 disember 2011 yang lalu telah berjalan dengan lancar. Seramai 57 orang pelajar Ijazah
Perakaunan Kepujian bahagian 6 telah terlibat secara langsung di dalam bengkel
ini. Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar
mengenai perisian perakaunan(UBS) selain daripada yang sedia ada. UBS
Accounting Software adalah perisian perakaunan yang terlaris di Malaysia dan
paling banyak digunakan oleh syarikat dan industri bersaiz kecil dan sederhana.
Dari segi pasaran pekerjaan, banyak syarikat meletakkan UBS Computerised
Accounting sebagai salah satu criteria untuk menjawat jawatan itu. Sehubungan dengan itu pihak fakulti
berpendapat adalah berfaedah dan dapat sedikit sebanyak memberi nilai tambah kepada
pelajar-pelajar melalui bengkel ini.
Lima orang
pensyarah telah terlibat sebagai fasilitator dan berkongsi kepakaran melalui
bengkel ini. Mereka terdiri daripada En Nadzir Awang, Pn Norhasimah Abdul
Wahid, En Hamdan Mat Isa, Pn Fa’izah Ghazi, Pn Nor Kartini dan En. Azrul Abdullah.
Sesi pagi bengkel bersama ketua fasilitator, En. Nadzir Awang@Said |
Minum pagi, turut disertai oleh KPP dan Pn Azura |