Rabu, 23 Mac 2022- Seramai 93 orang kakitangan UiTM Cawangan Perlis telah menyertai Program Sembang Cukai 2022 anjuran Jawatankuasa Komuniti, Masyarakat dan Alumni Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Perlis secara atas talian menerusi saluran Webex. Program ini telah dibimbing oleh dua orang Pensyarah Kanan Tuan Haji Abdul Rashid Sintha Madar dan Puan Norizam Ahmad yang arif dalam bidang percukaian. Sesi ini turut dibantu oleh YBrs. Prof Madya Dr Azrul bin Abdullah, Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perakaunan dan para pensyarah Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Perlis. Program ini adalah merupakan perkongsian awal sebelum Webinar "Tax Relief" Tahun Taksiran 2021 dan Khidmat Runding Cara E-Filing yang akan diadakan pada 1 April 2022. Secara umum, program ini telah membincangkan secara santai tentang tatacara percukaian bagi tahun 2021, persediaan dokumen dan beberapa tips dalam perancangan cukai. Ia diharapkan dapat membantu peserta untuk membuat persediaan sebelum mendapat khidmat runding cara secara bersemuka bersama Pegawai dari LHDN Cawangan Kangar pada hari yang sama iaitu 1 April 2022. Program Sembang Cukai 2022 ini turut disertai kakitangan sokongan UiTM Cawangan Perlis. Program ini mendapat maklum balas yang sangat baik daripada para peserta dan berharap dapat berkongsi tips percukaian berhemat kepada warga UiTM Cawangan Perlis.
Besar harapan para peserta mendapat manfaat dari sesi santai ini dan mendapat penjelasan berhubung tatacara percukaian bagi merancang pengurusan dan pelepasan cukai lebih baik.
No comments:
Post a Comment