Thursday, April 23, 2009

Bengkel Pemantapan Pengurusan Fakulti Perakaunan UiTM Perlis

Program Latihan Staf Pertama tahun 2009 telah dijalankan pada tanggal 17 April 2009. Bertempat di Makmal Komputer 6, USMB dan dihadiri oleh 29 orang pensyarah. Hanya 2 orang pensyarah yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Setinggi penghargaan kepada semua ahli fakulti yang hadir dari mula hingga tamat bengkel tersebut pada jam 5.15 petang.

Memori kenangan semua ahli fakulti yang hadir ke Bengkel
Pemantapan Pengurusan Fakulti Perakaunan, UiTM Perlis


Penceramah dan fasilitator bengkel ini diketuai oleh Encik Hamdan Mat Isa dan dibantu oleh Encik Khairul Anwar Sedek selaku Koordinator USMB dan Cik Masita Mohd Shah selaku Penolong Pegawai Sistem Maklumat. Setinggi penghargaan kepada Encik Khairul dan Cik Masita.

Objektif bengkel ini ialah untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan Penasihat Akademik Fakulti Perakaunan untuk program AC110, AC120 dan AC220. Pendedahan secara hand-on telah diberikan kepada semua Penasihat Akademik tentang penggunaan integrasi sistem iSIS / SIMS dalam membantu Penasihat Akademik melihat rekod-rekod pelajar. Penasihat Akademik dipertanggungjawakan untuk menguruskan kumpulan pelajar berdasarkan 'cohort' kemasukkan pelajar dari hari pertama mendaftar di UiTM Perlis sehinggalah mereka bergelar mahasiswa.

Banyak isu-isu semasa, komen dan maklumat fakulti telah
diketengahkan semasa bengkel dijalankan


Ojektif kedua ialah meningkatkan keberkesanan komunikasi Lotus Notes R7 kepada semua ahli fakulti. Penggunaan Lotus Notes R7 tidak sepatutnya terhad kepada penggunaan email sahaja tetapi perlu diperluaskan kepada Chatting, Meeting schedular dan Group calender. Dari segi applikasi, ketiga-tiga applikasi ini akan diintegrasikan dengan pengurusan jadual waktu pensyarah, arahan panggilan mensyuarat dan panggilan secara 'online'.

Ahli fakulti juga diberikan pendedahan berkaitan penggunaan Blog Koordinator perakaunan, UiTM Perlis. Maklumat terkini dan semua aktiviti pensyarah dan pelajar Fakulti Perakaunan di sepanjang semester akan dimuatkan ke dalam blog ini . Bengkel ini ditamatkan pada jam 5.15 petang.

No comments:

Post a Comment