Bengkel sehari ini telah diadakan pada tanggal 10 March 2017, bertempat di Makmal Teknologi Maklumat Perpustakaan Tun Jaafar Hassan, UiTM Cawangan perlis. Kehadiran pelajar adalah seramai 72 orang diiringi oleh semua penasihat akademik Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Perlis.
Objektif bengkel ini adalah untuk memberikan pendedahan berkaitan penggunaan applikasi Web 2.0 - EVERNOTE dalam membantu pelajar untuk menguasai teknik mencatat nota secara lebih berkesan menggunakan peranti mudah alih khususnya penggunaaan telefon pintar dan tablet. Pelajar juga diberikan pendedahan bagaimana menggunakan 'tools' yang mudah dan pantas dalam perkongsian maklumat pengajaran dan pembelajaran di antara pelajar dan pensyarah serta pelajar dengan pelajar yang lain secara lebih cekap.
Bengkel ini dikendalikan oleh Encik Hamdan Mat Isa, Pensyarah Fakulti Perakaunan dibantu oleh semua penasihat akademik Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Perlis.
|
|
|
|
|
|
Sekalung penghargaan buat ahli Jawatankuasa Penasihat Akademik di ketuai oleh Puan Noridah Ibrahim kerana menjayakan Program Penasihat Akademik - Bengkel Kemahiran Mengambil Nota menggunakan Applikasi Web 2.0 - EVERNOTE pada Semester March 2017.