Thursday, November 11, 2021

Memanfaatkan Microsoft Office 365 for Education UiTM Dalam Kalangan Pensyarah dan Pelajar

Penulis: En. Hamdan Mat Isa Pensyarah Kanan, Fakulti Perakaunan, Cawangan Perlis




Microsoft Office 365 for Education UiTM, merupakan satu usaha murni UiTM bagi memastikan pensyarah dan pelajar mendapat faedah daripada penggunaan applikasi berlesen di dalam persekitaran ‘cloud computing’. Sudah tentu usaha ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam meningkatkan produktiviti kerja bagi pensyarah dan membantu proses pembelajaran bagi pelajar. Walaupun masih pada peringkat permulaan, pendedahan yang komprehensif perlu untuk semua yang terlibat bagi memastikan Microsoft Office 365 yang dilanggan oleh UiTM digunakan sebaik mungkin secara lebih efektif.

Microsoft Office 365 for education merupakan koleksi applikasi untuk membantu staf dan pelajar berkolaborasi dan berkongsi persekitaran pengajaran dan pembelajaran secara lebih efektif khususnya pada tempoh pandemik Covid-19. Perisian asas (Word, Excel, dan Powerpoint) boleh digunakan secara tulen dan percuma. Perisian lain lebih spesifik dalam membantu staf dan pelajar untuk berkolaborasi secara maya seperti OneNote, Flipgrid, Sway, OneDrive, SharePoint dan lain-lain lagi. Aplikasi-aplikasi ini boleh digunakan secara atas talian di mana-mana lokasi, tidak terhad di dalam persekitaran UiTM sahaja.


Aplikasi-aplikasi yang ditawarkan oleh Microsoft Office 365 for education UiTM.


Ramai telah mengetahui mengenai applikasi berkaitan pemprosesan perkataan, lembaran kerja dan pembentangan, namun kebanyakan masih menggunakan persekitaran yang lama. Persekitaran ‘offline’ mengehadkan kolaborasi secara lebih menyeluruh. Namun dengan adanya kemudahan applikasi secara percuma yang diberikan oleh UiTM, sudah tiba masanya kita berubah kepada persekitaran yang lebih mesra pengguna. Kolaborasi antara pelajar dan staf menjadi lebih menarik, persekitaran kerja lebih mesra dan usaha ini bukanlah halangan kepada sistem bekerja dari rumah (WFH) yang dilaksanakan semasa pandemik Covid-19. Kita berharap pandemik Covid-19 sudah di penghujung, namun tidak dinafikan kehadirannya telah membuka satu lembaran baru dalam membentuk persekitaran kerja lebih kondusif, mesra dan efektif.

Pelajar telah didedahkan dengan kemahiran mengambil nota seawalnya di semester pertama, namun masih berkiblatkan penggunaan ‘pen dan pensil’. Selaras dengan perkembangan teknologi sudahsemestinya pelajar perlu berubah kepada suatu cara yang lebih profesional dengan menggunakan aplikasi pengambilan nota secara lebih efisyen seperti menggunakan aplikasi OneNote dan lain-lain. Begitu juga pensyarah perlu menggunakan applikasi sedemikian dalam usaha membantu pelajar menguruskan portfolio pelajar secara dalam talian. Pensyarah dan pelajar perlu berubah selaras dengan perubahan teknologi pada masa kini dan keperluan semasa yang berfokuskan kepada pengurangan penggunaan kertas secara fizikal dan pembelajaran secara atas talian.

Microsoft Office 365 juga menawarkan applikasi Flipgrid yang membolehkan pelajar merakam video persembahan pelajar secara lebih mudah berbanding applikasi suntingan video yang lain seperti Filmora, Adobe Premier dan DaVinchi. Penggunaan Microsoft Office 365 menjadikan tugasan merakam video persembahan dan suntingan persembahan video dibuat lebih mudah dan mesra pengguna. Applikasi ini juga memudahkan pelajar melahirkan kreativiti rekacipta dalam video persembahan masing-masing. Pensyarah pula dapat membuat tetapan had masa yang diperuntukan kepada setiap pelajar bagi sesuatu rakaman video persembahan serta menyusun pengkalan data video persembahan pelajar secara lebih sistematik.

Pelajar boleh menggunakan Microsoft Sway, satu lagi applikasi dalam Microsoft Office 365 yang membolehkan pelajar menghasilkan laporan bertulis secara atas talian bagi projek-projek berkumpulan dan juga projek individu. Dengan applikasi ini pelajar boleh menyiapkan tugasan secara lebih profesional. Pelajar boleh berkolaborasi dengan rakan-rakan dalam satu kumpulan dipelbagai lokasi dan pada masa yang sama dapat berkolaborasi dengan pensyarah atau fasilator masing-masing secara atas talian. .Pelajar dapat menzahirkan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan laporan bertulis yang lebih menarik.

Pensyarah dan pelajar mampu berubah dan bersedia untuk memanfaatkan applikasi-applikasi Microsoft Office 365 secara menyeluruh demi menghargai ‘hadiah’ pemberian UiTM. Bukanlah sesuatu yang menguntungkan sekiranya kita meminggirkan applikasi yang diperolehi secara sah oleh UiTM, sebaliknya terus menggunakan applikasi yang dikategorikan sebagai cetak rompak, tiada lesen atau lain-lain limitasi undang-undang. Terus menyokong penggunaan applikasi-aplikasi Microsoft Office 365 dan juga applikasi yang diperolehi secara sah oleh UiTM.

Rujukan :

  1. simsweb uitm.What Is Office 365 for Education?,https://simsweb.uitm.edu.my/ sportal_app/sportal_login/uitm_office_365.pdf.
  2. “Microsoft Office 365 Percuma Untuk Pelajar Uitm.” ZAYD NABIL, 2 Feb. 2017, https://zaydnabil.wordpress.com/2017/02/02/first-blog-post/.
  3. “Office 365 Free For UiTM Students.” Saiful CS, http://saifulcs.com/office-365-free-for-student/office365-word-unlicensed-product/.
  4. “Microsoft.” Office 365 Login | Microsoft Office, http://www.office.com/.

Friday, October 29, 2021

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH


Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Puan Norhashimah Abdul Wahid, Mantan Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perakaunan UiTM Perlis atas khidmat bakti yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan yang lepas (1 Ogos 2019 - 31 Julai 2021).

Semoga segala jasa dan sumbangan yang diberikan ini berterusan untuk pembangunan fakulti di masa akan datang.

Thursday, September 9, 2021

WEBINAR "CASH FLOW" KELUARGA DARIPADA PERKSPEKTIF ISLAM PADA18 JUN 2021


Tahniah👏👏 RIG FARMAF di atas penganjuran Webinar "Cash Flow" Keluarga daripada Perspektif Islam.







Disediakan oleh Norshimah Abdul Rahman dan Nor Kartini Mohd Rodzi

Tuesday, September 7, 2021

DIPLOMA IN ACCOUNTING INFORMATION (AC120), FACULTY OF ACCOUNTANCY, ARAU CAMPUS

DIPLOMA IN ACCOUNTING INFORMATION SYSTEM

(AC120-Arau campus)
The Diploma in Accounting Information System program has been designed with the objective to train accounting graduates in the field of accountancy and information system at a sub professional level.  This program combines computer skills with accounting and business which consist of financial accounting, management accounting, taxation, business programming, database, accounting information system and information technology audit. The main objective of this program is to produce Accounting Information System Administrators who are able to analyze financial information system and provide higher quality accounting services in all field of business. With the verge of the Industrial Revolution 4.0, this program offers a unique and marketable skills to the student that highly demanded by the employers.The DAIS programme has been designed with the objective of training Bumiputera in the filed of accountancy and  system at a sub professional level. The duration of the course is 2½ years.  This programme is offered on a full-time basis only. 

ENTRY REQUIREMENTS

COURSE STRUCTURE

Semester 1














Monday, August 30, 2021