Thursday, March 1, 2012

Kem Jati Diri, Sg. Sedim Kulim Kedah

Kem Jati Diri selama 2 hari 1 malam di Sg. Sedim, Kulim Kedah telah berlangsung pada 26-27 November 2011 yang lalu. Kem ini adalah anjuran pelajar semester 6 Ijazah Sarjana Muda Perakaunan UiTM Perlis. Bilangan peserta yang hadir adalah 40 orang.

Matlamat yang ingin dicapai

Merapatkan hubungan antara peserta-peserta yang terdiri daripada pelajar Semester 6 Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Fakulti Perakaunan UiTM Perlis.

Memberi pendedahan terhadap aktiviti lasak melibatkan alam semula jadi bagi meningkatkan ketahanan diri peserta serta memupuk nilai prihatin dan kecintaan dan rasa tanggungjawab dalam memelihara dan mengekalkan keseimbangan ekosistem alam yang sedia ada.

Hari pertama (26 November 2011)
 
Ketua projek dan urusetia mengumpulkan peserta-peserta di perhentian bas pada jam 8 pagi. Majlis dimulakan dengan pendaftaran peserta serta pengagihan sedikit makanan sebagai sarapan pagi bagi setiap peserta perjalanan bermula menuju ke tapak kem di Sungai Sedim dengan menaiki bas diikuti dengan taklimat daripada ketua projek mengenai program sepanjang hari itu.

Kami selamat tiba di tapak kem pada jam 12tengahari kemudian terus mengemas khemah, makan tengahari dan solat zohor.

Program kemudiannya dimulakan dengan Latihan Bina Semangat dan Keyakinan Diri yang pertama iaitu Jungle Trekking. Aktiviti ini mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit perjalanan. Pelbagai Sepanjang perjalanan kami diberi maklumat mengenai jenis-jenis tumbuhan yang terdapat di dalam hutan yang jarang di temui di tempat lain. Kami juga turut dibawa kami ke air terjun Lata Riau yang cantik dan nyaman sekali. Kami tiba di tapak perkhemahan kami kira-kira jam 4.30 petang.    

Aktiviti kemudian diteruskan dengan Laluan Berhalangan. Aktiviti ini menguji kepantasan, kesabaran, ketajaman minda serta kerjasama dan semangat berpasukan peserta. Peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan dan di beri tugasan untuk mengisi tong air yang telah ditebuk dengan lubang-lubang kecil dengan air sari sungai yang terdapat di tapak kem dalam tempoh 30 minit dan aktiviti ini telah dimenangi oleh Kumpulan Segak.

Selepas itu peserta bersiap-siap untuk solat maghrib dan isyak dan barbeque untuk makan malam.Selepas makan malam, aktiviti diteruskan dengan Latihan dalam kumpulan iaitu Radio Buruk dan  Pemberita Berkepala Tiga aktiviti ini menguji kerjasama dalam kumpulan. Permainan radio buruk memerlukan orang yang berada di hadapan menyampaikan maklumat yang diperoleh daripada pengacara dan dibisikan di telinga rakan dibelakangnya. Proses itu diteruskan sehingga orang di belakang mendapat maklumat dan memberitahu kepada pengacara. Permainan ini dimenangi oleh kumpulan Macho dan kumpulan yang kalah iaitu Cantik didenda melakukan gaya siput sedut. Permainan kedua memerlukan tiga orang pemain. Setiap orang akan menyebut satu perkataan dan disambung-sambung tanpa tergagap-gagap. Satu tajuk akan diberikan kepada pemain untuk dijadikan bahan berita. Permainan ini dimenangi oleh kumpulan Segak manakala kumpulan Macho telah kalah dan didenda lompat ala-ala katak sambil lagu katak dinyanyikan oleh rakan-rakan yang lain. Permainan ini bertujuan untuk membina daya pemikiran yang kreatif , cepat berfikir dan meningkatkan daya tumpuan. Kedua-dua aktiviti ini berlangsung kira-kira 45 minit.

Selepas Latihan Dalam Kumpulan kami meneruskan aktiviti dengan Night Walks. Aktiviti ini bermula pada jam 10.15 malam. Aktiviti dimulakan dengan bacaan doa oleh salah seorang peserta. Peserta diminta berkumpul dan berbaris seorang demi seorang.Ketua Pengiring berada dihadapan sekali dan terdapat 5 orang pengiring lain yang turut membantu ketua pengiring itu. Sebelum aktiviti bermula, kami telah diberi penerangan tentang pantang larang,keadaan dan peraturan yang kami perlu patuhi.Antaranya tidak boleh berbuat bising ketika aktiviti dijalankan, perlu memegang tangan rakan supaya barisan tidak terputus dan terpisah, perlu berhati- hati kerana kami akan melalui jalan yang berbukit, dusun, tempat berair dan terdapat di sesetengah kawasan yang laluannya berhampiran dengan gaung. Walaupun melakukan aktiviti dalam keadaan gelap yang mana kami tidak dibenarkan menyalakan lampu suluh, namun semuanya berjalan lancar. Ini adalah kerana,sepanjang perjalanan kami dijaga rapi oleh pengiring disamping kerjasama yang padu oleh semua peserta. Aktiviti ini berjalan kira-kira 2 jam 15 minit. Suasana malam bertemankan suara unggas hutan dan kewujudan kelip-kelip disamping keprihatinan dan kerjasama dari semua peserta sangat mengagumkan.Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk membina keyakinan diri, membina sikap tolong menolong, bekerjasama disamping bermuhasabah diri. Semua peserta selamat tiba di kem setelah aktiviti tamat dan tidur.


Hari kedua (27 November 2011)

Program dimulakan dengan senaman pagi untuk kecergasan dan sarapan pagi. Selepas sarapan pagi kami meneruskan aktiviti berjalan di Tree Top Walk. Tree Top Walk mempunyai panjang 950 meter dan ketinggian mencecah 1260 milimeter dari tanah merupakan titian besi tergantung terpanjang di Asia. Kami berpeluang melihat pemandangan hutan hujan yang tua ini dari perspektif yang amat berlainan. Kami juga dapat melihat pemandangan sungai yang mengalir deras dan jenis-jenis tumbuhan dan hidupan liar yang sungguh.

Aktiviti seterusnya diteruskan dengan aktiviti lasak melibatkan air. Pertama, aktiviti Water Confident. Para peserta diberi penerangan mengenai langkah-langkah keselamatan dan pemakaian jaket dan topi keselamatan sebelum aktiviti bermula. Aktiviti ini mencabar para peserta untuk terjun ke dalam air dari paras ketinggian melebihan tiga meter dengan pemantauan ‘instructor’ berpengalaman. Aktiviti menguji keberanian serta kredibiliti para peserta untuk mengatasi rasa takut.

 Aktiviti air seterusnya ialah Water Rafting. Aktiviti ini mengambil masa kira-kira sejam setengah. Aktiviti ini hampir menyerupai aktiviti kayak tetapi lebih mencabar kerana perlu mengharungi arus sungai yang deras, bercerun dan berbatu. Stamina para peserta amat penting serta ketangkasan kayuhan bagi melakukan aktiviti ini. Sepanjang aktiviti ini peserta dapat menikmati keindahan Sungai Sedim. Selepas aktiviti Water Rafting para peserta menikmati makan tengahari dan solat Zohor.

Selepas makan tengahari aktiviti diteruskan dengan Tubing dan mandi sungai. Aktiviti  Tubing menggunakan pelampung yang mana peserta akan duduk di atas pelambung dan menyusuri arus sungai. Kayuhan hanya menggunakan tangan sahaja. Selepas melakukan Tubing peserta dibenarkan untuk mandi sungai dan aktiviti bebas sehingga jam 5petang.

Seterusnya peserta membersihkan diri, solat Asar dan mengemas khemah. Program kemudiannya dilabuhkan dengan sesi penyampaian cenderahati serta sesi fotografi beramai-ramai sebagai tanda kenang-kenangan.

Aktiviti ini mencapai matlamat dan sasaran kerana peserta-peserta beroleh input yang disampaikan serta  memahami sepenuhnya.

Diharapkan program seperti ini dapat dilakukan lagi dimasa akan datang serta menjadi aktiviti tradisi bagi mengekalkan hubungan yang terjalin.

Gamabr-gambar semasa aktiviti berlangsung:

Rentas berhalangan    

Barbeque
Latihan dalam kumpulan
Peserta besama pensyarah pengiring Dr. Normah dan PM June
 

Monday, February 27, 2012

MALAM ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2012: FAKULTI PERAKAUNAN

Pada 6 Februari 2012 yang lepas, Persatuan Siswa Siswi Diploma Perakaunan dan Diploma Sistem Maklumat Perakaunan(PERSIDA) telah mengadakan Majlis Makan Malam dan Anugerah Kecemerlangan 2012 bertempat di Dewan Sri Semarak. Majlis ini telah dianjurkan oleh pelajar-pelajar semester 4,  bagi meraikan kejayaan pelajar-pelajar  cemerlang, disamping memberi semangat untuk berjuang dengan lebih berdaya saing kepada pelajar-pelajar yang belum mencapai tahap yang dikehendaki.

Majlis ini bermula pada jam 8.30 malam dan berakhir pada jam 11.30malam.  Majlis ini telah dihadiri oleh 10 orang pensyarah termasuk Ketua Kursus  AC110 dan AC120,Pn Salwana bt Selamat dan Penasihat PERSIDA, En Mohd Afiq Azero. Seramai 490 orang pelajar telah menghadiri majlis ini terdiri dari pelajar semester 1 hingga 6. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn Salwana bt Selamat.

Sepanjang majlis ini berlangsung,para hadirin telah diserikan dengan persembahan kebudayaan  yang dijemput khas dari PERSATUAN TAMING SARI.  Acara penyampaian anugerah kecemerlangan akademik ini diselang-selikan dengan persembahan pelajar dari setiap bahagian 1- 6.  Di penghujung majlis ini,satu slot telah dikhaskan untuk En Azrul mantan penasihat PERSIDA sebagai tanda terima kasih kepada beliau sepanjang memegang jawatan penasihat persatuan.

Majlis telah berjalan dengan lancardan jayanya. Semangat kerjasama dan setia-kawan telah berjaya disemai di kalangan AJK dan pelajar dalam menjayakan aktiviti ini. Bakat kepimpinan pelajar dalam pengurusan event juga telah dapat digilap secara tak langsung di kalangan pelajar senior dan junior.
Persembahan pelajar Bahagian 06

Suasana di dalam Dewan

Monday, February 20, 2012

Seminar Perakaunan, Pengauditan dan Pencukaian

Seminar Perakaunan, Pengauditan dan Pencukaian dengan tema "An overview of Classified Accounting, Auditing and Taxation" telah diadakan dengan jayanya pada 20 Januari 2012(Jumaat) bertempat di Dewan Kuliah 6, Komplek STAR UiTM Perlis. Di antara penceramah yang hadir adalah daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Audit Negara dan Jabatan Akauntan Negara(Cawangan Negeri Perlis).

Kertas kerja yang telah dibentangkan bertajuk:

1. An Overview of Classified Taxation and Malysian Budget for Nation
    Development
2. An Overview of Classified Government Accounting
3. The Relevance of Public Sector Accounting in Malaysian
     Development.

Seminar ini telah dirasmikan oleh Timbalan Rektor HEA, UiTM Perlis iaitu Dr. Shaiful Annuar Khalid dan  dianjurkan oleh siswa-siswi Bahagian 8 Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian). Seramai 196 pelajar dan 15 orang pensyarah telah hadir ke seminar kali ini.

Selain daripada menjurus kepada tajuk kertas kerja dikehendaki,  pelajar didedahkan dengan pengenalan kepada tugas-tugas  agensi tersebut, kelayakan untuk diterima sebagai kakitangan agensi  yang rata-rata mengkehendaki kelayakan melebihi HPNG 3.2  dan juga lain-lain jawapan terhadap soalan berbangkit.

Di harap dengan adanya seminar berbentuk ilmiah ini para pelajar mendapat input-input semasa berkaitan bidang Perakaunan.



Gambar-gambar semasa seminar berlangsung.

Penceramah daripada LHDN

Haidah penghargaan kepada penceramah

Antara para pelajar yang hadir