Thursday, April 8, 2010

Lawatan Indusrti MAF420 Semester April 2010

Lawatan ini dianjurkan oleh pelajar Bahagian 4, Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan kerjasama Fakulti Perakaunan UiTM Perlis pada 6 dan 7 March 2010. Para peserta terdiri daripada pelajar Bahagian 4, Ijazah Sarjana Muda Perakaunan UiTM Perlis seramai 52 orang.

Lawatan industri bertujuan untuk memastikan pelajar siswi dapat melihat sendiri teknik-teknik yang telah dipelajari di kelas dan membandingkan dengan yang digunakan di dalam perindustrian, di samping dapat bertanya terus dengan pihak kilang yang mengamalkan teknik-teknik tersebut.

Lokasi pertama adalah Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Syarikat ini merupakan satu-satunya syarikat percetakan Bumiputra yang dapat bertahan sehingga sekarang. Syarikat ini beroperasi di 3055, Lorong Jelawat 1, Kawasan Perindustrian Seberang Jaya, 13700, Perai, Pulau Pinang untuk operasi di bahagian Utara. Kilang di Seberang Perai ini merupakan kilang pencetakan suratkhabar iaitu Akhbar Utusan Melayu, Kosmo, Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia.

Semua peserta telah dibawa melihat operasi kilang percetakan ini oleh En.Hisyamudin Mokhtar, Pegawai Penyelenggaraan. Beliau telah menerangkan proses operasi dari mula sehingga proses pencetakan yang terakhir bagi akhbar sisipan (pancaindera). Peserta telah didedahkan kepada jenis bahan mentah yang digunakan, jenis mesin yang sesuai, pengkosan produk, permintaan terhadap produk serta pasaran produk kepada pengguna. Peserta juga telah diberitahu tentang peranan jualan iklan yang membantu kepada ‘survival’ sesebuah syarikat percetakan.


Lokasi kedua -
Sweet Touch Ceramic Sdn.Bhd. Syarikat ini adalah syarikat milikan Bumiputra. Hjh Rohana Abd.Rahman (Pengarah Syarikat) telah menceburi perniagaan ini lebih 20 tahun bermula di Kuala Lumpur dan cawangan kilang seterusnya di Kuala Ketil, Sg. Petani, Kedah. Lokasi syarikat ialah di Lot 64 dan 65, Kilang Bina Siap PKNK, Kawasan Perindustrian Kuala Ketil, 09300 Kuala Ketil, Kedah.

Produk syarikat merupakan pelbagai bahan seramik seperti pasu, pinggan mangkuk, hiasan rumah, dan bekas bunga telur. Para peserta telah dibawa melawat operasi di kilang dan diberi penerangan oleh En.Amin Omar (Penyelia Kilang). Penerangan yang diberi kepada peserta menyentuh berkenaan proses-proses yang terlibat dalam pembikinan produk seramik dari tepung tanah liat (jenis bahan mentah, pembekal serta nilai setiap jenis bahan yang digunakan), proses bancuhan tanah liat, pembentukan bentuk (mould), pembakaran serta proses kemasan produk sehingga produk siap untuk digunakan. Pelajar juga telah dibawa melawat bilik pameran untuk melihat pelbagai produk lain yang dihasilkan oleh syarikat.